Pereka Laman Web Profesional

10 ciri-ciri website yang mesra pelawat

Laman web yang mesra pengguna mampu menarik pelawat baru serta mengekalkan pelawat yang sedia ada. Hal ini kerana manusia secara lumrahnya tidak sukakan perkara yang kompleks atau sukar dan tambahan pula amatlah mudah untuk menutup sesebuah laman web, dengan hanya satu klik sahaja dan peluang anda mendapatkan pelawat hilang . Oleh itu, artikel ini akan membincangkan 10 ciri-ciri laman web mesra pengguna yang anda boleh aplikasikan.

Gunakan design yang ringan dan ringkas. Cuba anda perhatikan laman web Google. Ia tampak ringkas dengan hanya terdapat kotak carian di tengah-tengah berbanding laman web Yahoo yang sarat dengan pelbagai item di laman utamanya. Pengguna internet amat mudah dicuri tumpuan mereka oleh itu pastikan mereka kekal berada di laman web anda dengan design yang ringkas.

Seterusnya, gunakan typography yang menarik. Biasanya kandungan utama sesebuah laman web adalah teks oleh itu penggunaan typography yang menarik dan mudah dibaca memudahkan pelawat laman web anda memperoleh maklumat yang mereka cari-cari. Jika anda mampu memenuhi keperluan maklumat mereka, anda juga telah berjaya mendapatkan kepercayaan mereka seterusnya menggalakkan mereka untuk melawat semula laman web anda kelak.

Pastikan juga anda mempunyai ruang putih (ruangan kosong tanpa sebarang item) yang mencukupi. Bayangkan anda datang ke satu laman web yang penuh dengan teks tanpa ruang putih , adakah anda ingin membaca artikel panjang berjela-jela itu? Ruang putih memberikan impak visual yang menampakkan laman web anda lebih elegan dan menggalakkan pelawat web anda untuk membaca maklumat yang ada kerana ia tidak kelihatan membebankan bagi mereka (walaupun artikel tersebut sebenarnya amat panjang). Cuba anda aplikasikannya pada mana-mana muka laman web anda dan lihat perbezaannya.

Pengguna internet yang kasual biasanya tidak mahu menunggu lama untuk sesebuah laman web loading dengan sempurna. Oleh itu, anda perlulah berusaha untuk mengurangkan masa loading laman web anda. Antara cara-caranya adalah kurangkan penggunaan imej dan Flash kerana kedua-duanya mempunyai saiz yang lebih besar berbanding teks dan menyebabkan laman web anda perlahan. Selain itu, anda juga boleh compress imej di laman web anda tanpa mengorbankan kualiti gambar dengan menggunakan perisian seperti OptiPNG. Pastikan juga laman web anda bebas daripada kesalahan kod HTML.

Kini penggunaan smartphones semakin luas dan semakin ramai yang menggunakannya untuk melayari Internet. Jadi pastikan laman web anda memenuhi keperluan pengguna smartphone ini supaya web anda kelihatan sempurna apabila diakses menggunakan alatan mudah alih seperti tablet dan smartphone ini. Pastikan juga anda menggunakan tab yang bersesuaian bagi memudahkan pelawat laman web anda.

Anda juga perlu menyediakan ruang bagi pelawat subscribe laman web anda supaya mudah bagi mereka mendapatkan update setiap kali anda membuat pos terbaru atau sebarang pengumuman di laman web anda. Ini mewujudkan situasi menang-menang yang mana anda dapat mengekalkan jumlah trafik sedia ada dan pelawat anda menerima update yang konsisten daripada anda.

Selain itu, pastikan laman web anda mudah dinavigasi supaya pelawat dapat mencari maklumat yang mereka perlukan dengan mudah. Kumpulkan informasi pada laman web anda menurut kategori yang sesuai dan pastikan menu navigasi disusun dengan kemas dan berada di tempat yang mudah dilihat.

Pelawat laman web anda tidak semestinya menggunakan browser yang sama dengan anda oleh itu pastikan laman web anda menyokong kesemua browser utama seperti Internet Explorer, Firefox, Chrome, Opera serta Safari. Pastikan laman web anda tampil dengan sempurna bagi setiap browser bagi menarik minat mereka untuk terus melawat web anda pada masa depan.

Pelbagaikan cara penyampaian maklumat di laman web anda. Anda mungkin boleh menggunakan imej dan ikon bagi menjelaskan beberapa informasi yang ingin anda sampaikan. Penggunaan imej yang bijak tidak akan menjejaskan kelajuan loading laman web anda malah mampu meningkatkan kredibiliti anda di mata pelawat dengan kemampuan anda menyampaikan informasi berguna dengan berkesan.

Kualiti laman web mesra pengguna seterusnya adalah penggunaan layout grid yang konsisten. Dengan layout berasaskan grid, laman web anda akan kelihatan lebih kemas dan seimbang. Grid memastikan kedudukan item laman web anda diselaraskan dengan sempurna menghasilkan sebuah laman web yang tampak kemas dan cantik yang sudah tentunya meningkatkan kredibiliti anda sebagai pemilik laman web tersebut.

Anda pasti akan menerima respon yang positif daripada jika anda memanfaatkan input daripada artikel ini untuk laman web anda. Tidak percaya? Cuba lakukannya hari ini!


Hubungi kami melalui email atau handphone (019) 460-1376

 

Alamat Kami

  • 100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
  • (013) 222-6295
    (019) 460-1376