

Contoh-contoh website yang anda boleh buat selepas belajar
JomTraining 1, Wisma DPI-INVERGOLD,
34-4, Jalan Tasik Selatan 3 (Jalan 3/146),
Metro Business Center, Bandar Tasik Selatan, Selangor.
(klik disini untuk peta di google map)
Terhad untuk maksimum 10 Orang Sahaja!
(Sarapan, minum pagi, makan tengahari, & minum petang disediakan)
Seminar/Kursus kami cuma mengambil masa sehari.
Kami adalah pereka website sepenuh masa. Kami telah membina begitu banyak website sehingga kami sudah begitu masak tentang cara membina website. Lalu kami compilekan satu modul pelajaran yang paling ringkas untuk anda (dan sehingga kini sudah 10 kali kami lakukan seminar ini ).
Pelajari Short-Cut bagaimana membina website profesional!
Kini anda tak lagi perlu pening dengan begitu banyak maklumat, hanya perlu pelajari perkara yang perlu tahu sahaja (dan jika anda sudah kuasai semua kemahiran asas dan mahukan lebih, cuma perlu buka kembali DVD pelajaran yang diberikan untuk pelajaran yang lebih advanced- kami ajarkan secara detail perkara yang lebih advanced di sana).
Dalam seminar nanti saya akan ajarkan cara paling cepat dan mudah membina website yang cantik dan profesional menggunakan CMS Joomla dan extension virtuemart.
Kami mahukan anda dapat menyiapkan website dengan masa yang paling singkat dan usaha yang paling minimum. Kemudian selepas website anda sudah siap, barulah anda lebih bersemangat untuk meneroka lebih banyak ilmu mengenai membina website - yang kami turut bekalkan sekali.
Kami pernah menjalankan kursus selama dua hari, namun hasilnya peserta dibekalkan terlalu banyak maklumat sehingga mereka hilang fokus dan merasakan membina website ini terlalu sukar buat mereka.
Jadi kami kurangkan modul yang ada kepada cara yang paling ringkas membina website dan ajarkannya dalam sehari - untuk memudahkan anda.
Dari pengalaman kami, mereka yang telah berjaya membina website lebih bersemangat untuk meneroka lebih banyak perkara SELEPAS website mereka SIAP.
Joomla adalah Content Management System!. Joomla 2.5 pula adalah Joomla versi terbaru yang baru sahaja dilancarkan pada Januari 2012.
Maknanya anda akan pelajari bagaimana membina website dengan cuma klik-klik dan copy paste... tak perlu menyentuh sebarang coding..
Cara membina website menggunakan CMS adalah cara membina website profesional yang paling Cepat dan Mudah!
Bagi sesiapa yang pernah membina blog sendiri menggunakan blogspot atau wordpress, mereka pasti sudah biasa dengan idea bahawa membina blog sebenarnya sangat mudah, hanya perlukan beberapa minit sahaja dan anda tak perlu tahu sebarang coding untuk menyiapkan blog anda.
Begitu juga dengan website jenis Joomla ini. ( Saya ada menyertakan panduan pantas membina website dari kosong sehingga siap dalam masa 40 minit sahaja! )
E-Commerce pula adalah sejenis website yang mampu menjual.
Anda boleh masukkan pelbagai produk dengan mudah ke dalam website.
Anda boleh letakkan harga produk, harga Pos (boleh dibezakan mengikut tempat dan berat), harga pembungkusan produk, harga tambahan sekiranya membayar menggunakan Kad Kredit/ Kad Debit.
Anda boleh integratekan dengan sistem pembayaran Paypal, sistem pembayaran manual, dan juga sistem pembayaran Automatik menggunakan Bank Tempatan.
Anda juga boleh memasukkan sistem download automatik sekiranya anda menjual produk Digital.
Pendek kata, sistem E-Commerce ini adalah untuk anda sekiranya anda ingin menjual Produk di Internet!
Anda akan diajar membina website yang bertaraf antarabangsa. Bukan cuma website yang biasa-biasa. Website ini mempunyai pelbagai fungsi tambahan seperti pelawat boleh login ke dalam website, membuat pesanan, chatting secara online, menghantar artikel, dan pelbagai fungsi hebat yang lain.
p/s : hampir semua jenis fungsi yang anda pernah lihat ada di mana-mana website lain mampu dimasukkan ke dalam website ini. Forum, chatting, laman video, laman sosial, e-commerce, dan pelbagai lagi fungsi menarik.
Anda memang tidak akan menjadi mahir dalam cuma satu hari. Kami menjanjikan anda akan dapat membuat website seperti yang kami tunjukkan di atas, namun untuk menjadi mahir, anda masih perlu berlatih berkali-kali.
Untuk itu, kami tawarkan pembelajaran sepanjang hayat. Sebarang persoalan boleh anda utarakan di forum tertutup khusus untuk bekas peserta website. Bahkan sekiranya perlu, saya akan buatkan satu video panduan khusus untuk menjawab persoalan anda.
Kami mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Di dalam kursus buat website ini, maksimum pelajar hanyalah 10 orang. Tenaga pengajar pula adalah saya dan dua orang pembantu saya.
Jadi anda akan sentiasa mendapat perhatian kami.
Kami menyediakan panduan berupa Nota (step by step bergambar) dan Video (boleh subscribe newsletter kami untuk melihat contoh video panduan tersebut) untuk anda.
Kami faham yang sesetengah orang suka belajar daripada nota dan sesetengah yang lain pula lebih gemar belajar daripada video panduan. Jadi kami sediakan kedua-duanya buat anda.
Dengan adanya panduan berbentuk video, anda tidak perlu risau lagi sekiranya terlepas sebarang step dalam membina website kerana semuanya ditunjukkan langkah demi langkah.
Seminar Wesite ini dijalankan di tempat yang memang khusus untuk seminar. Tempat yang ber "aircond", full carpet, ada tandas yang bersih, surau, dan ruangan makan yang ekslusif.
Makanan sebanyak 4 kali disediakan. Anda hanya perlu bawa diri sahaja, semua yang lain disediakan. Anda akan dibekalkan dengan laptop, kertas, nota, pen dan juga DVD.
Sebagaimana yang kita ketahui, teknologi bergerak dengan begitu pantas. Semua yang masih baru tan terkini pada hari ini, belum tentu akan tetap baru dan terkini pada bulan hadapan. Akan tetapi, buat anda, peserta seminar kami, anda akan sentiasa mendapat nota dan panduan video yang terbaru dari kami secara percuma
Sebarang update terbaru pada nota mahupun video akan kami kongsikan dengan semua bekas peserta PERCUMA.
Berbeza dari seminar atau kursus website lain, Anda akan diajar oleh Pereka Laman Web sepenuh masa. Tak perlu risau sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah berkenaan pembinaan website, kerana besar kebarangkalian untuk masalah yang sama telahpun saya temui sebelum ini. Dan saya ada jawapan untuk sebarang persoalan anda.
Anda cuma perlu tanya!
Anda juga akan menerima sebuah sijil penyertaan seperti di sebelah ini..
Saya juga merupakan seorang peniaga yang mempunyai pengalaman melakukan marketing sepenuhnya melalui internet selama 3 tahun.
Oleh itu segala persoalan mengenai pemasaran produk melalui internet akan dapat dijawab. Baik dari SEO, affiliate, PPC, PPL, pengiklanan, Email marketing, Sosial Network Marketing, semuanya pernah dilalui.
Bukan cuma belajar membina website yang cantik, malah kita akan belajar membina website yang dapat menukarkan pelawat menjadi pembeli.
Sekiranya anda ingin ada website sendiri yang canggih, anda tak perlu upah orang lain untuk buat semua perkara... (upah buat website seperti yang akan saya ajarkan ini biasanya boleh mencecah lebih RM1000). Bukan cuma itu, anda juga tak perlu sentiasa upah orang untuk tolong updatekan website anda, boleh buat semua itu sendiri. Bayangkan jika setiap kali nak update website anda perlu belanjakan RM50 dan anda perlu update website seminggu sekali. Bermakna anda akan menghabiskan RM50 x 56 minggu = RM2800 setahun!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di internet, pastinya anda memerlukan satu website yang kelihatan profesional untuk meyakinkan bakal pelanggan terhadap perniagaan anda.
Website yang canggih adalah ibarat mempunyai pejabat yang hebat, ianya akan menjadikan bakal pelanggan yakin dengan anda. Maka anda telah mengambil langkah bijak dengan mengikuti seminar ini, kerana anda akan diajar sehingga mampu membuat website profesional anda sendiri.
Sekiranya anda berminat menjadi website developer, anda boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan:
1. 1 Projek buat website menggunakan CMS Joomla sahaja anda boleh charge sekurang-kurangnya RM800 sehingga ke RM5000.
2. 1 Projek buat website e-commerce profesional, anda boleh charge sekurang-kurangnya RM900 sehingga RM7000.
3. 1 Projek buat website wordpress anda boleh charge sekurang-kurangnya RM300 sehingga RM2500
4. Mendapat peluang pekerjaan. Sekiranya anda sudah mampu membina beberapa laman web, anda boleh jadikannya profile untuk meminta kerja.
Sekiranya anda ingin mengajar orang lain buat website, mungkin ini adalah langkah pertama untuk anda.
Anda dapat pelajari bagaimana membina website. Kemudian anda dapatkan beberapa projek membina website terlebih dahulu bagi mengumpul pengalaman dan menjadikannya portfolio anda.
Setelah cukup beberapa porfolio, maka anda boleh mula mempromosikan diri anda sebagai seorang yang mahir membuat website.
Teknik membina website yang amat mudah telah didedahkan oleh Al Fatih Network Terima KasihHasnan Ali, KL
Seminar yang amat bagus. Saya dah lama mencari seminar sebegini. Semoga Trainer dapat beri support untuk saya memahami dengan lebih lengkap lagi. Terima kasih diatas ilmu yang diajarkan untuk kelas pada hari ini. Sesungguhnya saya amat berpuas hati walaupun masih merangkak rangkak lagi. Semoga rezeki tuan bertambah-tambah dan sama-sama kita maju dalam bidang perniagaan.Muaaz Mat Ali
Bagi orang yang baru nak belajar bina website dan mahukan hasil yang menakjubkan, seminar ini memang sesuai untuk anda. Website profesional yang anda bina sendiri, walaupun anda newbie. Semua soalan ditanya dijawab dengan detail. Step by step. Support sepanjang hayat juga satu Bonus yang jarang seminar website adakan.Syafiq Aisyamuddin
Sangat Baik dan Menarik. Inilah satu-satunya seminar yang mengajar untuk buat website. Saya amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada En Bukhori yang memberikan input yang sangat baik dan menarik serta bermanfaatSyamsul Nizam, Dengkil
Pertama sekali, terima kasih kerana membuka minda saya yang membuat website ini memang mudah. Hanya beberapa klik dah siap. Cara penyampaian juga senang faham. Saya berpuas hati.Muhd Taufik b Muhd Shahid - Wangsa Maju
Penyampaian yang sangat mudah difahami. Segala soalan dijawab dengan baik. Nota yang complete.Razlan RahibulSadri - Setiawangsa
Sangat Baik. Segala pertanyaan dijawab. very friendlyMuhd Firdaus - Johor Bahru
Kursus yang ringkas dan padat tentang Joomla. Saya yakin dgn. mengikuti kursus ini sudah membuatkan saya mampu membangunkan sebuah website e-Commerce saya sendiri di tambah dengan lifetime support dari alfatihstudio.Shahrun Ishak - Seri Kembangan
Complete. Friendly.Mohd Hafeez - Shah Alam
1. Penyampaian Menarik
2. Nota Mudah difahami
3. CD Tiada Masalah
2. Semuanya 10 BintangArsyad - Kedah
This programme teaches the basics of Joomla & taken away the difficulties of learning a Content Management Software which most people interested in developing websites would avoid. En Bukhori demystified what seems like a tough subject and make it possible for non-techie to understand the mechanics of Joomla anda quickly launch a professional-looking website. Thank You.Shahar Ismail
Kursus ini amat bermanfaat kepada saya. Terima kasih kerana memberi ilmu pengetahuan ini. Saya akan gunakannya pada masa ini.Yusmazida Mohd Yusoff - Kerinci, KL
Kursus yang paling mudah untuk membina website. Cepat dan senang faham. Support dan servis yang berpanjangan.Mohd Sazali Mat Som
Kami adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia sejak 17 Febuari 2010.
Walaupun begitu, saya telah pun mula membina website sejak di bangku sekolah lagi. Setelah masuk ke Universiti Teknologi Petronas, kemahiran membina website semakin berkembang selari dengan pembelajaran yang diambil di Universiti.
Kini, saya menjadi Pereka Laman Web sepenuh masa. Saya sendiri telah menghasilkan tidak kurang dari 50 buah website sepanjang mula menjadi Pereka Laman Web sepenuh masa. Syarikat Al Fatih Network juga terlibat dalam pembinaan dan pemasaran Software Games Pendidikan AnakkuSayang dan beberapa buah Ebook Panduan.
Kami memang Pereka Laman Web yang bergelumang dengan pembuatan website setiap hari. Berbeza dengan Kursus Website lain yang diajar oleh mereka yang melakukannya secara sambilan, hampir semua masalah berkenaan website telahpun kami lalui dan kami tahu jalan penyelesaiannya.
(klik untuk lihat gambar penuh)
(klik untuk lihat gambar penuh)
Anda cuma perlu pilih salah satu dari ratusan template premium dari laman Joomlart dan Shape5 dan saya akan installkan template tersebut ke dalam hosting anda. Semua contoh website yang saya tunjukkan adalah hasil dari menggunakan template tersebut.
p/s : Saya telah habiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan license untuk install template-template tersebut ke dalam unlimited website. Sekiranya anda ingin dapatkan satu template dari mereka, anda perlu beli pada harga 70usd.
Anda tak perlu keluarkan lagi sebarang kos untuk membeli domain dan hosting kerana saya akan berikan ianya secara percuma buat anda selama setahun.
Anda boleh pilih domain yang berakhir dengan ".com", ".net", ".org", atau ".info".
Hosting yang akan anda dapat bersaiz 1GB dan mempunyai 10GB Bandwidth. Hosting ini juga boleh dimasukkan unlimited email, unlimited domain, unlimited database dan unlimited subdomain.
Anda akan mendapat Ebook Panduan FTP tulisan Saudara SmarZul ini secara percuma. Panduan ini mencaritakan semua perkara-perkara yang paling asas dalam memahami bagaimana internet berfungsi dan bagaimana berinteraksi dengan hosting anda.
Anda juga akan diberikan lesen untuk menjual kembali Ebook FTP ini kepada orang lain.
Klik Gambar di sebelah untuk melihat contoh isi kandungan Ebook tersebut.
Ebook ini menceritakan bagaimana menggunakan email autoresponder sebagai medium pemasaran yang sangat mudah dan berkuasa.
Klik Gambar di sebelah untuk melihat contoh isi kandungan Ebook tersebut.
Dapatkan sistem merekrut agen bagi menjual produk anda ini percuma. Skrip ini disertakan dengan Video Panduan Step by Step bagaimana menggunakan skrip ini.
Anda boleh install skrip ini pada seberapa banyak pun website yang anda mahukan.
Anda juga akan dapat semua update skrip ini secara percuma.
Klik gambar di sebelah untuk melihat contoh penggunaan skrip ini.
Website yang akan kita buat nanti boleh diintegrasikan dengan sistem E-commerce di dalamnya. Kami akan ajarkan kepada anda bagaimana melakukan integrasi dan konfigurasi untuk sistem E-commerce di dalam website anda melalui nota dan panduan Video ini.
Dengan sistem E-Commerce ini, anda boleh menjual produk fizikal mahupun digital di website anda dengan mudah.
Nota ini juga akan kami berikan dalam bentuk hardcopy supaya memudahkan anda membacanya nanti.
Website yang akan kita buat nanti boleh diintegrasikan dengan sistem Forum di dalamnya. (klik gambar di sebelah untuk melihat contoh sistem forum).
Kami akan ajarkan kepada anda bagaimana melakukan integrasi dan konfigurasi untuk sistem Forum ini ke dalam website anda melalui Nota dan Panduan Video ini.
Nota ini juga akan kami berikan dalam bentuk hardcopy supaya memudahkan anda membacanya nanti.
Video Panduan ini menceritakan bagaimanakah caranya membuat minisite dan 10 template minisite secara percuma. Kini anda tidak perlu mengupah orang lain untuk mereka bantuk minisite untuk kegunaan anda lagi.
Klik gambar di sebelah untuk melihat contoh template minisite tersebut.
Plugin Premium ini adalah plugin yang telah saya beli untuk kegunaan saya membuat website dan saya mempunyai lesen untuk memberikan/menjualnya kepada orang lain. Plugin tersebut adalah plugin yang :
1. Menjadikan link Joomla lebih mesra SEO,
2. Plugin yang menjadikan website lebih selamat dari diceroboh,
3. Dan plugin yang boleh menjadikan website lebih cepat untuk dilayari oleh pelawat.
Sekiranya anda mengupah orang untuk membuatkan website seperti ini pun anda perlu bayar kepada dia sekurang-kurangnya RM800. Saya sendiri charge bermula dari harga tersebut, dan akan meningkat berdasarkan keperluan pelanggan. Boleh cuba search di google perkataan "joomla web design" atau perkataan yang seumpamanya dan lihat sendiri harga pasaran untuk website joomla. Jangan terkejut sekiranya ada diantara mereka yang charge sehingga mencecah RM10,000.
Setelah saya ajarkan buat website, anda bukan cuma dapat satu malah anda akan dapat buat seberapa banyak pun website. Bahkan anda akan pelajari bukan cuma satu, malah 5 jenis website! (dan kami akan tambah lagi di masa hadapan. Bukankah anda dapat akses Forum tertutup dan Panduan Video seumur hidup?)
Untuk belajar semua ini di kolej atau university, agak-agaknya berapa harganya? Kami akan ajarkan secara praktikal, secara lansung dari orang yang memang kerjanya membuat website untuk pelanggan. Bukan seperti seminar lain yang diajar oleh orang yang tidak pernah menerima tempahan website pun.
Jadi berapakah harga yang sepatutnya diletakkan? Bonus-bonus sahaja pun dah bernilai RM930!
Jangan bimbang, untuk seminar kali ini kami hanya meletakkan :
Yang Benar,
Seminar ini diadakan oleh :
Al Fatih Network (001929475-H),
No 8, Jalan 4, Taman Gombak,
68100, Selangor DE.