6 elemen yang diperlukan oleh usahawan yang mempunyai laman web

Dengan pertambahan pesat pengguna internet, laman web menjadi salah satu elemen penting dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Tak kira besar mana syarikatnya atau sekalipun industri yang diceburinya.

Tanpa laman web, perniagaan tidak dianggap serius dan akan berkurang peluang pelanggan baru menjumpai mereka. Laman web yang bagus dan profesional oleh peniaga kecil juga mampu memberi persaingan kepada pemilik perniagaan besar.

Ini adalah enam elemen penting bagi setiap pemilik perniagaan fikirkan apabila membina laman web atau memperbaharui laman web.

1. Biarkan semua orang tahu apa yang orang lain anggap tentang perniagaan anda

Menurut kajian BrightLocal, 85 peratus daripada pengguna membaca ulasan/review tentang sesuatu perniagaan – meningkat daripada 76 peratus pada tahun 2012. Semakin pengguna rasa lebih selesa dan biasa dengan review, mereka akan lebih cenderung menjadi pelanggan atau tidak menjadi pelanggan dalam satu-satu perniagaan baru.

Sediakan ruang dalam laman web anda yang menunjukkan ulasan positif tentang apa yang pelanggan anda katakan. Tambahkan ‘plugin’ yang membenarkan pelawat menambah ulasan terus ke dalam laman web. Itu lebih meyakinkan seperti meletakkan plugin Facebook atau Yelp.

Apabila mempunyai review, adalah lebih baik review tersebut dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi latih pekerja anda untuk cuba meminta ulasan atau review berkenaan servis atau produk bagi perniagaan anda daripada pelanggan.

2. Hubungkan dengan Media Sosial.

Pelanggan gemar apabila mereka mempunyai pilihan untuk dihubungan dengan satu-satu perniagaan. Media sosial adalah salah satu cara yang bukan sahaja memberi mereka pilihan, malah lebih banyak media sosial yang dihubungkan dengan laman web anda, pelanggan yang datang akan bertambah dari kumpulan yang berbeza.

Termasuklah jenis-jenis media sosial yang berkaitan dengan perniagaan anda. Labih bagus lagi jika anda meletakkan butang ‘SHARE’ pada halaman produk atau servis perniagaan anda. Ia memberi pilihan kepada pengunjung atau pelanggan anda berkongsi produk kegemaran atau pilihan mereka ke laman sosial. Ini adalah salah satu cara memasarkan perniagaan anda secara organik dengan kos rendah.

3. Laman Web yang Menarik dan sedap mata memandang

Pengguna kini mengharapkan laman web yang lebih teratur dan reka bentuk yang baik. Ia mampu memberikan pengalaman berbeza kepada pelawat laman web. Tak kira samada ia adalah gambar yang menyerlah, video yang menarik atau reka bentuk responsif, pastikan pelawat laman web anda terkesan dengan design yang senang pada pandangannya.

Gunakan gambar produk atau servis yang jelas, dan letakkanya pada muka hadapan anda sebagai gambar utama. Gambar video yang berkualiti tinggi akan membezakan laman web satu perniagaan dengan pesaingnya sendiri.

4. Buang semua kesukaran untuk menerima bayaran

Perniagaan yang menjual produk seharusnya mempunyai laman web ecommerce  bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran. Tak kiralah samada kedai anda terletak di lokasi strategik atau tidak, pastikan pelanggan dapat membeli produk anda walaupun tidak dapat ke kedai.

Biarpun anda menggunakan laman web lain untuk menjual produk anda seperti Zalora, Lelong atau Amazon, ia sudah mencukupi, namun masih terdapat kesukaran untuk anda menerima pembayaran seperti ia perlu melalui bahagian pemilik laman web terlebih dahulu. Pilihan terbaik, adalah menambah tempahan atas talian atau laman web ecommerce yang boleh memudahkan  anda menerima tempahan dan pembayaran.

5. Pastikan laman web sentiasa segar dan relevan.

Mengemaskini isi kandungan baru dalam laman web anda menunjukkan bahawa pelanggan sedang berurusan dengan peniaga yang masih aktif dan boleh dipercayai. Majoriti bahagian dalam laman web tidak perlukan kandungan yang sentiasa dikemaskini. Sekurang-kurangnya satu bahagian sahaja yang selalu dikemaskini.

Tambah halaman blog atau berita yang menunjukkan event/kursus terkini, pelancaran produk terbaru, dan lain-lain yang sesuai dengan perniagaan anda. Ini menunjukkan perniagaan yang sentiasa hidup dan berkembang, malah ia juga menyumbang kepada optimasi laman carian. Google lebih menyukai laman web yang sentiasa dikemaskini dan kandungan laman webnya adalah relevan dengan industri yang diceburi.

6. Buktikan bahawa wujudnya anda atau orang lain yang menguruskan laman web

Tambahkan maklumat hubungi kami dengan jelas. Ia kadangkala diambil mudah oleh sebahagian peniaga yang tidak mempunyai tapak jualan atau pejabat sehingga boleh menyebabkan pelanggan kurang percaya atau jatuh kredebiliti perniagaan.

Pengguna menganggap mereka boleh berhubung langsung dengan seseorang apabila ingin melakukan pembayaran. Nyatakan dengan jelas cara menghubungi pemilik laman web samada melalui emel, facebook atau nombor telefon.

Penting juga untuk anda memasukkan alamat perniagaan walaupun ia adalah alamat rumah atau pejabat maya (virtual office) yang anda sewa alamatnya. Biasanya maklumat ini berada paling bawah laman web anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp