Website Ekspress Β· Siap dalam 3 hari
Website satu halaman yang pantas untuk bantu pelanggan menghubungi anda.
Sesuai untuk bisnes yang memerlukan laman pengenalan ringkas, profesional dan mudah dibuka melalui telefonβtanpa CMS atau sistem yang tidak diperlukan.
RM450 termasuk domain .com dan hosting tahun pertama
3 haritempoh pembangunan
8 sectionmaksimum satu halaman
3 revisionpusingan semakan
Mobile-firstdiutamakan untuk telefon
Pakej yang jelas
Ringkas apabila itu yang bisnes anda perlukan.
Website Ekspress dibina untuk satu tujuan utama: menerangkan bisnes anda dengan jelas dan memudahkan bakal pelanggan terus menghubungi anda.
Sesuai untuk
Bisnes yang perlukan kehadiran online yang ringkas.
- Bisnes baharu yang belum mempunyai website
- Servis tempatan yang mahu menerima pertanyaan
- Homestay, freelancer, profesional dan bisnes kecil
- Laman pengenalan untuk satu servis atau satu kempen
- Pelanggan yang tidak perlu mengemas kini website sendiri
Tidak sesuai untuk
Projek yang memerlukan kandungan atau sistem lebih besar.
- Website korporat dengan banyak halaman dan jabatan
- Kedai online dengan banyak produk dan checkout
- Portal pelanggan, sistem tempahan atau sistem custom
- Website yang perlu dikemas kini sendiri dengan kerap
- Projek dengan integrasi dan aliran kerja yang kompleks
Apa yang anda dapat
Semua yang diperlukan untuk laman pengenalan yang meyakinkan.
Kami membantu menyusun maklumat asas anda menjadi satu halaman yang kemas, pantas dan mudah digunakan oleh pelanggan.
Maksimum 8 section
Contohnya hero, tentang, servis, kelebihan, galeri, testimoni, FAQ dan hubungi.
Cadangan susunan kandungan
Anda beri maklumat asas; kami bantu menyusun mesej mengikut keutamaan pelanggan.
Reka bentuk mobile-first
Paparan telefon diberi keutamaan tanpa mengabaikan tablet dan desktop.
Custom code tanpa CMS
Tiada WordPress atau panel admin. Struktur lebih ringan dan kurang penyelenggaraan.
Loading pantas
Kod dan aset disusun untuk menghasilkan laman yang ringan serta responsif.
Asas SEO dan GEO
Heading, metadata, kandungan dan struktur teknikal disusun supaya mudah difahami enjin carian.
Borang terus ke WhatsApp
Maklumat pelanggan disusun menjadi mesej untuk dihantar terus melalui WhatsApp.
Domain dan hosting
Domain .com, hosting 1GB, bandwidth 5GB, HTTPS dan support untuk tahun pertama.
Anda boleh memberikan gambar sendiri. Jika tiada, kami boleh membantu menghasilkan imej berdasarkan rujukan visual dan maklumat asas yang anda berikan.
Pilihan tambahan
Mahu terima bayaran untuk beberapa produk atau servis?
Tambah fungsi bayaran ringkas jika anda hanya mempunyai satu hingga empat produk atau servis. Pelanggan boleh melihat tawaran dan meneruskan bayaran tanpa sistem kedai online yang kompleks.
- Untuk 1β4 produk atau servis
- Butang bayaran yang jelas pada halaman
- Sambungan kepada payment gateway yang dipersetujui
- Sesuai untuk bayaran produk, deposit atau tempahan ringkas
Contoh projek sebenar
ASM Home & Roomstay
Sebuah laman pengenalan ringkas untuk memaparkan penginapan, kemudahan dan maklumat hubungan. Pengunjung boleh memahami tawaran dengan cepat dan meneruskan pertanyaan kepada pemilik.
- Jenis
- Website satu halaman
- Tujuan
- Pengenalan dan pertanyaan pelanggan
- Paparan
- Telefon, tablet dan desktop
Proses tiga hari
Daripada maklumat asas kepada website yang dilancarkan.
Tempoh bermula selepas deposit, maklumat asas dan rujukan yang diperlukan telah diterima.
- Hari 01
Maklumat dan struktur
Kami semak bisnes, tujuan, kandungan asas dan rujukan visual anda.
- Hari 02
Reka bentuk dan pembangunan
Website dibina menggunakan custom code dengan susunan mobile-first.
- Hari 03
Semakan dan pelancaran
Anda semak hasilnya, perubahan diproses dan website dilancarkan.
Pakej merangkumi sehingga tiga pusingan revision. Tempoh boleh berubah jika maklumat lewat diberikan atau perubahan berada di luar skop asal.
Harga yang jelas
Mulakan dengan RM250 sahaja.
Bayaran dipecahkan kepada deposit sebelum pembangunan dan baki selepas website siap. Kami akan mengesahkan skop sebelum anda membuat bayaran.
Deposit untuk mulaRM250
Baki selepas siapRM200
Halaman atau fungsi tambahan diberi harga berasingan. Perubahan kecil nombor telefon adalah percuma. Perubahan maklumat atau gambar bermula sekitar RM20 bagi setiap perubahan.
Apa kata pelanggan
Website yang membantu pelanggan bertindak.
Sangat recommended. Pantas & sangat membantu. Mudah ber urusan. Website smooth, cantik & membantu menjana lebih banyak sale. Terima kasih al fatih ππ»
Soalan lazim
Sebelum anda membuat tempahan.
Perkara penting tentang kandungan, revision, renewal dan perubahan selepas siap.
Adakah RM450 termasuk domain dan hosting?
Ya. RM450 merangkumi domain .com, hosting 1GB, bandwidth 5GB, HTTPS dan support untuk tahun pertama. Pembaharuan mulai tahun kedua ialah RM200 setahun untuk mengekalkan domain, hosting dan support.
Boleh tambah fungsi untuk menerima bayaran?
Boleh. Tambahan Bayaran Ringkas berharga RM349 dan sesuai untuk satu hingga empat produk atau servis. Ia menyediakan butang bayaran melalui payment gateway yang dipersetujui, tetapi tidak merangkumi shopping cart, akaun pelanggan, variasi kompleks atau pengurusan stok.
Adakah saya boleh mengemas kini website sendiri?
Tidak. Website Ekspress dibina tanpa CMS atau panel admin. Perubahan nombor telefon yang kecil adalah percuma, manakala perubahan maklumat atau gambar bermula sekitar RM20 bagi setiap perubahan.
Apakah yang perlu saya sediakan?
Berikan nama bisnes, penerangan ringkas, servis, maklumat hubungan, logo jika ada dan rujukan visual. Kami boleh mencadangkan susunan teks serta membantu menyediakan imej berdasarkan rujukan anda.
Bagaimana tiga revision dikira?
Tiga revision bermaksud tiga pusingan semakan yang dihimpunkan. Perubahan besar kepada skop, halaman tambahan atau fungsi baharu akan diberi harga berasingan.
Bila tempoh tiga hari bermula?
Tempoh bermula selepas deposit RM250, maklumat asas dan rujukan yang diperlukan diterima. Kelewatan kandungan atau perubahan di luar skop boleh memanjangkan tempoh.
Boleh naik taraf kepada WordPress atau sistem lain?
Boleh. Jika bisnes anda berkembang dan memerlukan CMS, banyak halaman, e-commerce atau sistem custom, kami boleh mencadangkan pembangunan baharu yang sesuai.
Tempah Website Ekspress
Beritahu kami tentang bisnes anda.
Isi maklumat ringkas. Jawapan anda akan disusun menjadi mesej dan dibuka dalam WhatsApp untuk anda semak sebelum dihantar.
HargaRM450
Domain & hostingTermasuk
DepositRM250
Tempoh3 hari
