Ada idea app?
Kami bantu
jadikannya realiti.
Aplikasi Android yang dibina mengikut cara bisnes anda bekerja — daripada pengurusan pesanan dan operasi hingga tempahan, direktori dan idea khusus.
Pembangunan bermula RM3,990
Semak Idea & Anggaran Kos App Percuma ↗Semakan idea percuma · Tanpa komitmen pembangunan
Tak perlu sediakan spesifikasi teknikal. Ceritakan sahaja keperluan anda.
Semua lebih
tersusun.
2 projek sedang dibangunkan · Disahkan 2 November 2026. Status dikemas kini manual; jadual mula tertakluk kepada pengesahan.
Anda tidak semestinya perlukan sistem yang besar. Anda perlukan fungsi yang betul.
Staf membuka dashboard berulang kali, tugasan tersebar dalam WhatsApp dan spreadsheet, atau pelanggan perlu melalui banyak langkah untuk membuat tempahan?
Pesanan lebih mudah dicapai
Fungsi pengurusan pesanan yang dipilih boleh diakses melalui telefon, berhubung dengan WooCommerce sedia ada.
Operasi lebih tersusun
Satukan tugasan, peringatan dan status kerja mengikut aliran pasukan anda.
Akses pelanggan dipermudah
Susun maklumat, servis dan fungsi tempahan dalam aplikasi yang mudah digunakan.
Kami bermula dengan masalah yang perlu diselesaikan. Jika website atau sistem sedia ada sudah mencukupi, kami akan mencadangkan pendekatan tersebut.
Daripada operasi harian kepada idea aplikasi anda sendiri.
Pengurusan Staf & Operasi
Sistem log masuk pengguna, invois, pengurusan gaji, rekod staf dan fungsi operasi lain mengikut keperluan bisnes serta skop yang dipersetujui.
Tugasan & Aliran Kerja
Susun tugasan, peringatan, jadual dan rekod aktiviti pasukan dalam satu aplikasi, dengan akses mengikut peranan pengguna.
Tempahan & servis
Paparan servis, permohonan tempahan dan integrasi sistem tempahan sedia ada.
Listing & direktori
Susun senarai, kategori dan maklumat untuk platform perniagaan atau komuniti.
Pendidikan & pembelajaran
Aplikasi bahan pembelajaran, tugasan dan fungsi khusus untuk pengguna anda.
Idea khusus
Ceritakan apa yang anda mahu aplikasi lakukan. Kami bantu tentukan versi pertama yang praktikal.
Aplikasi sebenar. Keperluan yang berbeza.
Pengalaman membina penyelesaian untuk e-dagang, produktiviti, direktori dan pembelajaran.
Akrab / Era
Pengurusan pesanan WooCommerce.
Keperluan: mengurus pesanan melalui telefon.
Penyelesaian: aplikasi Android yang berhubung dengan WooCommerce sedia ada untuk fungsi pengurusan pesanan yang diperlukan operasi.
Al Fatih Pocket
Produktiviti & pengurusan tugasan.
Keperluan: menyusun kerja harian dan peringatan.
Penyelesaian: mengumpulkan fungsi produktiviti dalam satu aplikasi Android untuk kegunaan dalaman.
J Listing App
Listing & direktori.
Keperluan: menyusun dan mengakses maklumat berbentuk senarai.
Penyelesaian: aplikasi Android untuk paparan listing dan penyusunan maklumat.
My Little Homework
Pembelajaran & tugasan.
Keperluan: fungsi khusus berkaitan pembelajaran.
Penyelesaian: aplikasi Android yang disesuaikan dengan keperluan tugasan pengguna.
Paparan aplikasi dan demonstrasi boleh dibincangkan semasa semakan idea, tertakluk kepada kebenaran serta kerahsiaan projek.
Berapa kos untuk membina aplikasi Android?
Mulakan dengan fungsi penting. Tambah fungsi apabila keperluan anda berkembang.
Untuk idea ringkas dengan tujuan yang jelas.
Aplikasi maklumat, direktori ringkas atau kegunaan dalaman tanpa backend custom yang kompleks.
- Perbincangan dan penetapan skop
- Perancangan fungsi asas dan antaramuka ringkas
- Pembangunan Android sehingga 5 skrin utama
- Fungsi asas mengikut skop dipersetujui
- Pengujian dan pembaikan pepijat sebelum serahan
- Fail pemasangan Android dan panduan ringkas
- 30 hari pembaikan pepijat dalam skop asal
Hubungkan app dengan operasi bisnes.
Untuk pesanan, tempahan, tugasan staf dan sistem sedia ada.
- Konsultasi, perancangan fungsi dan aliran pengguna
- Antaramuka mengikut identiti bisnes
- Pembangunan Android sehingga 10 skrin utama
- Satu integrasi sistem atau API sedia ada yang serasi
- Log masuk dan pengurusan data asas mengikut skop
- Pengujian dan demonstrasi sebelum serahan akhir
- Panduan penggunaan
- 30 hari pembaikan pepijat dalam skop asal
Turut termasuk: satu sesi onboarding sehingga 60 minit, cadangan penambahbaikan fasa kedua dan satu sesi semakan dalam 30 hari selepas serahan.
Semak Idea & Anggaran Kos App Percuma ↗Untuk aplikasi bersama sistem khusus.
Skop dan harga akhir berdasarkan fungsi serta tahap kerumitan projek.
- Analisis keperluan dan aliran kerja
- Reka bentuk dan pembangunan Android
- Backend dan pangkalan data
- Dashboard pentadbiran
- Pengurusan pengguna dan tahap akses
- Integrasi API mengikut skop
- Pengujian fungsi dan integrasi
- Dokumentasi dan serahan
- 30 hari pembaikan pepijat dalam skop asal
Semua harga tertakluk kepada skop yang dipersetujui. Hosting, perkhidmatan pihak ketiga, akaun Google Play Developer, API berbayar dan penyelenggaraan berterusan tidak termasuk kecuali dinyatakan dalam sebut harga. Integrasi kompleks dinilai berasingan.
Sudah ada website? Jangan bina semuanya dua kali.
Jika WordPress, WooCommerce atau sistem anda mempunyai API yang serasi, sebahagian data dan fungsi mungkin boleh digunakan semula. Kami menilai integrasi sebelum mencadangkan pembangunan baharu.
Produk dan pesanan WooCommerce · Sistem tempahan · Pangkalan data dan API · Log masuk pengguna · Dashboard pengurusan
Skop jelas sebelum bermula
Fungsi, skrin, integrasi, kos dan anggaran masa dipersetujui sebelum pembangunan. Sebarang fungsi tambahan dibincangkan sebelum caj baharu dikenakan.
Semak sebelum serahan
Lihat demonstrasi fungsi berdasarkan skop. Aplikasi diuji sebelum diserahkan, bersama 30 hari pembaikan pepijat yang berkaitan dengan skop asal.
Daripada perbincangan idea hingga aplikasi digunakan.
01 · Bincang idea
Terangkan tujuan aplikasi, siapa pengguna dan masalah yang mahu diselesaikan. Tidak perlu tahu pengekodan.
02 · Tetapkan skop & harga
Kami cadangkan fungsi, anggaran masa dan sebut harga berdasarkan keperluan sebenar.
03 · Bina & uji
Pembangunan mengikut skop, pengujian dan demonstrasi sebelum serahan akhir.
04 · Serahan & sokongan
Terima aplikasi, panduan penggunaan dan sokongan pembaikan pepijat dalam tempoh yang dipersetujui.
Tempoh projek ditentukan selepas skop dinilai. Fungsi, backend, integrasi, keselamatan dan keperluan penerbitan mempengaruhi jadual pembangunan.
Maksimum 3 projek app aktif pada satu masa. Had kapasiti memastikan setiap projek mendapat perhatian. Jika kapasiti penuh, anda masih boleh mendapatkan sebut harga dan berbincang tentang jadual seterusnya.
Perkara yang anda mahu tahu sebelum bermula.
Berapa harga paling rendah?
Pembangunan bermula RM3,990 untuk aplikasi ringkas yang memenuhi skop Starter. Keperluan lebih kompleks diberikan sebut harga khusus.
Berapa lama proses pembangunan?
Tempoh bergantung kepada fungsi, integrasi dan semakan. Anggaran masa diberikan selepas keperluan dan skop dipersetujui.
Saya tiada website. Boleh bina app?
Boleh. Keperluan backend dan pangkalan data dinilai berdasarkan fungsi aplikasi.
Boleh sambungkan WooCommerce sedia ada?
Boleh dinilai jika sistem dan API menyokong integrasi yang diperlukan. Keserasian serta skop diperiksa terlebih dahulu.
Adakah penerbitan Google Play termasuk?
Bantuan penerbitan boleh dimasukkan dalam skop projek. Akaun pembangun dan keperluan penerbitan dinilai berasingan; kelulusan tertakluk kepada semakan Google Play.
Boleh bina untuk iPhone?
Halaman dan pakej ini memfokuskan Android. Pembangunan iOS dinilai dan diberikan sebut harga berasingan.
Adakah perlu bayar setiap bulan?
Kos pembangunan ialah bayaran projek berdasarkan sebut harga. Hosting, perkhidmatan pihak ketiga dan penyelenggaraan mungkin mempunyai caj berterusan.
Boleh tambah fungsi kemudian?
Boleh. Pembangunan boleh dirancang secara berfasa dengan fungsi penting dahulu. Fungsi tambahan memerlukan skop dan kos yang dipersetujui.
Adakah kod sumber diserahkan?
Hak milik dan penyerahan kod sumber ditetapkan dalam perjanjian projek. Komponen pihak ketiga tertakluk kepada lesen masing-masing.
Apa yang termasuk dalam sokongan 30 hari?
Pembaikan pepijat berkaitan fungsi dalam skop asal. Fungsi baharu, perubahan skop dan penyelenggaraan berterusan dibincangkan berasingan.
Tak pasti idea app anda sesuai? Semak dahulu secara percuma.
Kongsikan idea atau masalah bisnes anda. Kami bantu menilai fungsi utama versi pertama, anggaran kos, tempoh projek dan pilihan integrasi sistem sedia ada.
Semak Idea & Anggaran Kos App Percuma ↗Tiada kewajipan meneruskan projek selepas semakan awal. Pembangunan Android bermula RM3,990.
