Custom Web & System
Sistem web yang dibina mengikut cara organisasi anda bekerja.
Daripada sistem tempahan dan portal pelanggan hingga dashboard pengurusan, kami membina penyelesaian web berdasarkan proses, pengguna dan keperluan sebenar organisasi anda.
Bincangkan keperluan andaContoh penyelesaian
Apabila website biasa tidak lagi mencukupi.
Sistem custom sesuai apabila pengguna perlu melakukan tindakan, maklumat perlu diurus atau website perlu disambungkan kepada proses lain.
Tempahan & pembayaran
Sistem booking, semakan ketersediaan, pendaftaran dan pembayaran online.
Portal pelanggan atau ahli
Login pengguna, profil, rekod, dokumen dan kandungan mengikut akses.
Pengurusan dalaman
Dashboard untuk mengurus pelanggan, pesanan, stok, aktiviti atau laporan.
Integrasi pihak ketiga
Payment gateway, API, e-mel, WhatsApp atau sistem luar yang berkaitan.
Pendekatan kami
Mulakan dengan masalah yang perlu diselesaikan.
Kami tidak bermula dengan senarai fungsi yang panjang. Kami memahami dahulu siapa yang akan menggunakan sistem, maklumat yang perlu diurus dan hasil yang ingin dicapai.
Selepas skop difahami, barulah struktur, fungsi, tempoh dan anggaran kos disusun. Ini membantu mengelakkan sistem menjadi terlalu rumit atau mengandungi fungsi yang tidak digunakan.
Sampel projek
Beberapa bentuk sistem yang pernah dibangunkan.
PicitPicit
Laman perkhidmatan dengan fungsi tempahan dan pembayaran secara online.
Lihat projek ↗ Sumbangan & affiliateSurau Madrasah Al-Islah
Borang infak, payment gateway dan sistem affiliate untuk kutipan sumbangan.
Lihat projek ↗ Stok & laporanUSWAH
Sistem e-commerce dengan pengurusan stok, pesanan dan laporan jualan.
Lihat projek ↗Cara kami bekerja
Skop yang jelas sebelum pembangunan bermula.
Tempoh dan kos hanya boleh ditentukan selepas fungsi serta aliran kerja utama dikenal pasti.
- 01
Fahami keperluan
Kami kenal pasti masalah, pengguna dan hasil yang diperlukan.
- 02
Susun skop
Fungsi, aliran kerja, integrasi dan anggaran tempoh diperincikan.
- 03
Reka & bangunkan
Antara muka serta sistem dibina dan disemak secara berperingkat.
- 04
Uji & lancarkan
Sistem diuji sebelum pelancaran, latihan dan support seterusnya.
Soalan lazim
Jawapan ringkas sebelum kita berbincang.
Berapa kos membangunkan sistem custom?
Kos bergantung pada jumlah fungsi, jenis pengguna, integrasi, aliran kerja dan tahap kerumitan. Kami perlu memahami skop sebelum memberikan anggaran.
Berapa lama pembangunan diperlukan?
Projek sistem custom biasanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga bulan. Tempoh sebenar bergantung pada skop, maklum balas, kandungan dan proses pengujian.
Boleh sambungkan payment gateway atau sistem lain?
Boleh, tertakluk pada dokumentasi, akses dan kemampuan penyedia pihak ketiga. Keperluan integrasi akan diperiksa semasa penyediaan skop.
Adakah support disediakan selepas pelancaran?
Ya. Hosting, maintenance, keselamatan, pembaikan error dan pembangunan fungsi seterusnya boleh disediakan mengikut keperluan projek.
Bincangkan sistem anda
Terangkan apa yang anda mahu mudahkan.
Tidak perlu menyediakan dokumen teknikal. Ceritakan proses sekarang, masalah yang berlaku dan hasil yang anda mahu capai.
013 222 6295