Mengenai Alfatih Studio
Membina website yang boleh dipercayai sejak 2009.
Alfatih Studio membantu SME, syarikat dan organisasi Malaysia membina website, e-commerce serta sistem digital yang profesional—kemudian terus menyokongnya selepas dilancarkan.
Orang di sebalik Alfatih
Projek digital perlu diterangkan dengan jelas dan dijaga dengan bertanggungjawab.
Di Alfatih Studio, pelanggan berurusan dengan orang yang memahami reka bentuk, pembangunan dan perkara teknikal di belakang website. Ini memudahkan keputusan dibuat tanpa istilah yang mengelirukan atau fungsi yang tidak diperlukan.
Kami bermula dengan memahami perniagaan, pengguna dan hasil yang mahu dicapai. Selepas website siap, kami masih boleh membantu dengan hosting, keselamatan, kemas kini, pembaikan error dan penambahan fungsi.
- Cadangan berdasarkan keperluan dan bajet
- Komunikasi terus sepanjang projek
- Support teknikal selepas pelancaran
Pernah bekerjasama dengan
Dipercayai oleh pelbagai jenis organisasi.
Antara organisasi dan jenama yang pernah menggunakan khidmat Alfatih Studio untuk keperluan web dan digital.
Lembaga Jurutera Malaysia
Endona Corporation
IKRAM
Galeri Ilmu
RISDA
Sendayu Tinggi
Perbadanan Wakaf Negeri SembilanApa yang membezakan kami
Satu studio untuk keperluan web yang saling berkaitan.
Daripada halaman pertama sehingga penjagaan selepas pelancaran, anda tahu siapa yang mengendalikan projek dan ke mana perlu mendapatkan bantuan.
Faham bisnes dan teknikal
Cadangan dibuat mengikut objektif, pengguna, bajet dan aliran kerja organisasi.
Skop yang praktikal
Kami tidak menambah ciri yang belum diperlukan. Website boleh dikembangkan apabila keperluan berubah.
Support selepas siap
Hosting, backup, keselamatan, perubahan maklumat dan troubleshooting boleh dijaga oleh pasukan yang sama.
Pengalaman merentas industri
Projek kami meliputi korporat, hospitaliti, latihan, kesihatan, makanan dan e-commerce.
Daripada pelanggan
“Sangat recommended. Pantas & sangat membantu. Mudah berurusan. Website smooth, cantik & membantu menjana lebih banyak sale.”
Cara bermula
Beritahu apa yang anda mahu capai.
Jika anda belum pasti pakej yang sesuai, kongsikan jenis bisnes, sasaran pelanggan, fungsi penting dan bila website perlu dilancarkan. Kami akan bantu membezakan antara Website Express, website WordPress, e-commerce atau sistem custom.
Lihat pakej websiteAda projek dalam fikiran?
Mari bincang solusi yang sesuai untuk perniagaan anda.
Kongsikan jenis website, fungsi dan anggaran masa anda. Perbincangan awal adalah percuma dan tanpa komitmen.
