Sejak 2009
Solusi Web & Digital Untuk Perniagaan Anda
Kami membantu perniagaan membina website, e-commerce dan sistem digital yang profesional, mudah diurus dan dibangunkan mengikut keperluan sebenar organisasi anda.
Kuala Lumpur Gombak Selangor Malaysia
- 17+ tahun pengalaman web & digital
- Responsif desktop, tablet & mobile
- Teknikal hosting, security & integrasi
- Berterusan support selepas website siap
Apa yang kami bantu
Solusi untuk keperluan perniagaan sebenar.
Daripada website korporat dan e-commerce hingga sistem custom serta penjagaan bulanan, kami membantu anda memilih penyelesaian yang sesuai dengan objektif, operasi dan tahap perkembangan perniagaan.
Website Korporat
Website syarikat yang menerangkan jenama, servis dan cara untuk menghubungi anda dengan jelas serta meyakinkan.
- Company profile
- Landing page
- Reka bentuk responsif
E-Commerce
Kedai online yang memudahkan pelanggan membeli serta membantu pasukan anda mengurus produk, bayaran dan tempahan.
- Payment gateway
- Pengurusan produk
- Sistem pesanan
Custom Web & System
Portal, sistem tempahan, billing dan aplikasi web yang dibina mengikut proses kerja sebenar organisasi anda.
- Portal pelanggan
- Sistem tempahan
- Integrasi pihak ketiga
Maintenance, SEO & GEO
Penjagaan teknikal, pemantauan prestasi dan penerbitan kandungan bulanan supaya website kekal sihat dan terus berkembang.
- Maintenance & security
- Performance monitoring
- Artikel SEO & GEO
Portfolio terpilih
Hasil kerja yang boleh dilihat dan dinilai.
Kami membina website untuk pelbagai sektor—daripada hospitaliti, pendidikan dan kesihatan hingga e-commerce serta organisasi korporat. Setiap struktur disesuaikan dengan matlamat, kandungan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna.
01
Lalangs Resort & Spa
Resort website + sistem booking berkalendar
Laman resort yang menampilkan pilihan penginapan, glamping, fasiliti dan aktiviti. Dilengkapi semakan ketersediaan serta tempahan bilik secara dalam talian.
02
Rawon Living
E-commerce perabot & dekorasi
Laman e-dagang untuk jenama perabot dan dekorasi berinspirasikan gaya Jawa, Bali dan bohemian.
03
SAWeco Company
Website korporat teknologi hijau
Laman korporat untuk syarikat teknologi yang membangunkan penyelesaian plastik lebih mesra alam.
04
Dentalove
Website klinik pergigian
Website klinik pergigian yang memaparkan servis, promosi, profil doktor dan lokasi cawangan untuk memudahkan pertanyaan pelanggan.
05
Maahad Tahfiz Abu Qasim
Website institusi pendidikan Islam
Website institusi tahfiz yang memperkenalkan latar belakang, program pengajian, pendaftaran dan aktiviti maahad.
06
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan
Website rasmi organisasi kebangsaan
Website rasmi organisasi yang menghimpunkan maklumat, program dan aktiviti komuniti guru kaunseling di seluruh Malaysia.
Established, masih berkembang
Pengalaman lama. Cara kerja yang sentiasa relevan.
Al Fatih Network ialah syarikat berasaskan IT dan latihan. Sejak 2009, Alfatih Studio telah membina website korporat, e-commerce, blog dan sistem web untuk pelbagai keperluan.
Kenapa Alfatih?
Kami fikir tentang apa yang berlaku selepas website siap.
Website yang baik bukan sekadar cantik pada hari pelancaran. Ia perlu mudah dikendalikan, stabil apabila digunakan dan mempunyai tempat untuk berkembang.
Bincangkan keperluan andaPengalaman yang praktikal
Lebih sedekad menyelesaikan keperluan web untuk SME, syarikat dan organisasi tempatan.
Faham teknikal dan bisnes
Kami menyusun teknologi mengikut objektif, bajet dan cara pasukan anda bekerja.
Support selepas siap
Maintenance, hosting, keselamatan dan troubleshooting berada dalam satu pasukan.
Boleh berkembang bersama
Bermula dengan website ringkas, kemudian tambah fungsi dan integrasi apabila diperlukan.
Cara kami bekerja
Proses yang jelas, daripada idea hingga website dilancarkan.
Setiap projek bermula dengan memahami keperluan. Anda tahu apa yang sedang dibina, mengapa ia diperlukan dan apa langkah seterusnya.
-
01
Kenal pasti
Kami fahami bisnes, pengguna, skop dan hasil yang anda mahu capai.
-
02
Cadangkan
Struktur, fungsi dan pendekatan disusun supaya tepat dengan keperluan.
-
03
Reka & bina
Website dibangunkan secara responsif, kemudian disemak bersama anda.
-
04
Lancar & jaga
Kami bantu pelancaran, panduan penggunaan dan support selepas siap.
Website Express
Website satu halaman yang kemas, pantas dan terus boleh digunakan.
Sesuai untuk bisnes baharu, profesional atau organisasi yang memerlukan laman pengenalan dengan segera. Website dibina terus menggunakan kod tanpa CMS, dengan struktur mobile-first, loading pantas serta asas SEO dan GEO.
- Website statik satu halaman tanpa CMS
- Mobile-first dan responsif pada semua peranti
- Loading pantas dan struktur kandungan yang jelas
- Asas technical SEO dan struktur mesra GEO
- Butang WhatsApp dan maklumat hubungan
Domain, hosting, perubahan kandungan dan fungsi tambahan dikira berasingan mengikut keperluan.
Apa kata pelanggan
Dipercayai untuk membina, disokong selepas siap.
Pengalaman pelanggan yang pernah menggunakan khidmat pembangunan website dan sokongan teknikal Alfatih Studio.
Sangat recommended. Pantas & sangat membantu. Mudah ber
urusan. Website smooth, cantik & membantu menjana lebih
banyak sale. Terima kasih al fatih 👍🏻
👍 Highly recommend! Patient, detail-oriented, and always…
Sangat berpuas hati dengan servis Al Fatih Studio
(En Bukhori)! Saya telah bekerjasama dengan mereka sejak
2010 untuk…
Syukur alhamdulillah, Servis Bina Website Custom TERBAIK.
Al Fatih Network dapat buat apa yg saya nak & tambah baik…
Service yg superb & memuaskan. Website juga amat berpuas
hati 👍👍👍
Soalan lazim
Jawapan ringkas sebelum anda membina website.
Ketahui pilihan pakej, anggaran tempoh, kos tahunan dan bentuk sokongan yang disediakan oleh Alfatih Studio.
Tanya melalui WhatsApp01 Berapa kos membina website?
Website Express Alfatih Studio bermula daripada RM450. Ia ialah website satu halaman tanpa CMS atau dashboard pentadbir, dibina terus menggunakan kod untuk memberikan paparan yang ringan dan loading yang pantas.
Website Express merangkumi:
- Website satu halaman
- Reka bentuk mobile-first
- Paparan responsif untuk telefon, tablet dan desktop
- Butang WhatsApp atau maklumat hubungan
- Asas technical SEO
- Struktur kandungan mesra SEO dan GEO
- Loading yang pantas
Pakej ini sesuai untuk bisnes yang memerlukan laman pengenalan ringkas dan profesional. Harga domain, hosting, fungsi tambahan dan pengurusan kandungan dikira secara berasingan jika diperlukan.
02 Berapa lama masa diperlukan untuk menyiapkan website?
Tempoh pembangunan bergantung pada jenis website, jumlah halaman, fungsi yang diperlukan dan tahap kesediaan kandungan pelanggan. Anggaran biasa kami ialah:
- Website Express: seawal 2 hari, kebiasaannya 2–3 hari bekerja
- Landing page WordPress: sekitar 5 hari bekerja
- Website biasa: sekitar 1–2 minggu
- Website korporat: sekitar 3–4 minggu
- Custom web system: sekitar 1–3 bulan, bergantung pada kerumitan
Anggaran bermula selepas kandungan, gambar dan keperluan projek diterima. Permintaan fungsi baharu, pertukaran arah reka bentuk atau pusingan pindaan tambahan boleh memanjangkan tempoh projek.
03 Adakah domain dan hosting disediakan?
Ya. Alfatih Studio boleh menguruskan domain, hosting dan keperluan teknikal website anda. Harga domain bermula daripada RM80 setahun, manakala hosting dan support bermula daripada RM200 setahun.
Harga sebenar bergantung pada jenis domain, kapasiti hosting, penggunaan e-mel, trafik website dan tahap support yang diperlukan. Semua bayaran pembaharuan akan diterangkan sebelum projek bermula.
04 Adakah website boleh dibuka melalui telefon?
Ya. Setiap website dibangunkan dengan pendekatan mobile-first. Struktur, saiz tulisan, gambar, menu, borang dan butang tindakan akan disusun supaya mudah digunakan melalui telefon sebelum disesuaikan untuk tablet dan desktop.
Website turut diuji pada beberapa saiz skrin untuk memastikan kandungan kekal jelas dan tindakan seperti WhatsApp, panggilan telefon atau penghantaran borang mudah dilakukan.
05 Boleh Alfatih menjaga website selepas siap?
Ya. Kami menyediakan support dan penjagaan website selepas pelancaran. Kami boleh membantu mengemas kini maklumat, membaiki error, memantau keselamatan, membuat backup dan menyelesaikan masalah teknikal apabila diperlukan.
Skop support bergantung pada pakej maintenance atau jenis perubahan yang diminta. Keperluan kecil, kerja berkala dan pembangunan fungsi baharu akan dinilai mengikut skop masing-masing.
06 Boleh tambah fungsi pada masa akan datang?
Ya. Website boleh dikembangkan apabila keperluan perniagaan anda berubah. Antara fungsi yang boleh ditambah ialah payment gateway, tempahan, katalog produk, membership, portal pelanggan, borang khas dan integrasi dengan sistem pihak ketiga.
Penambahan fungsi tertakluk pada platform dan struktur website. Untuk Website Express yang dibina tanpa CMS, sesetengah fungsi mungkin memerlukan naik taraf kepada WordPress atau custom web system. Kami akan mencadangkan pilihan yang paling praktikal sebelum pembangunan dimulakan.
Tips & panduan
Ilmu praktikal untuk urus web dan pemasaran digital.
Langkah demi langkah: Cara Buat Laman Web dengan Mudah
Mahu tahu cara buat laman web? Panduan ini menerangkan setiap langkah, daripada memilih jenis website dan domain hingga reka bentuk, SEO, keselamatan dan pelancaran.
Baca artikelAda projek dalam fikiran?
Mari bincang solusi yang sesuai untuk perniagaan anda.
Kongsikan jenis website, fungsi dan anggaran masa anda. Perbincangan awal adalah percuma dan tanpa komitmen.
