Case study · Klinik pergigian · 2023
DentaloveWebsite Klinik untuk Google Ads, dengan Fokus Paparan Telefon
Projek tahun 2023 untuk membina website Dentalove yang lebih ringan dan sesuai sebagai destinasi kempen Google Ads. Fokus diberikan pada loading pantas, pengalaman pengguna telefon dan pemasangan tracking Google Ads.

Keperluan asal
Dentalove sudah mempunyai website sebelum projek ini. Namun, website tersebut agak berat dan kurang sesuai untuk kegunaan iklan Google. Klien memerlukan website yang lebih fokus untuk menerima pelawat daripada Google Ads dan membawa mereka kepada pertanyaan appointment.
Penyelesaian alfatihstudio
Fokus pada paparan telefon
Susunan website mengutamakan pelawat yang menggunakan telefon. Maklumat klinik, servis dan cawangan diperkenalkan dengan laluan yang jelas menuju butang appointment.
Website dengan loading pantas
Website dibangunkan dengan fokus pada kelajuan loading supaya pelawat daripada iklan dapat melihat kandungan dan meneruskan pertanyaan dengan mudah.
Tracking Google Ads
Tracking Google Ads dipasang sebagai sebahagian daripada persediaan website untuk kempen iklan.
Maklumat dua cawangan
Cawangan Wangsa Maju dan Ampang diperkenalkan bersama maklumat lokasi. Pelawat boleh mengenali cawangan yang berkaitan sebelum menghubungi klinik.
Servis, pasukan dan suasana klinik
Pengenalan servis pergigian, gambar pasukan, suasana klinik dan ruang testimoni melengkapkan maklumat yang diperlukan pelawat sebelum membuat pertanyaan.
Appointment melalui WhatsApp
Butang appointment disediakan pada navigasi, paparan utama dan bahagian khusus appointment untuk memudahkan pelawat menghubungi klinik.
Perjalanan pelawat daripada Google Ads
- Tiba di website selepas klik iklan.
- Kenali klinik dan servis yang ditawarkan.
- Semak cawangan serta maklumat yang berkaitan.
- Tekan butang appointment untuk meneruskan pertanyaan melalui WhatsApp.
Hasil projek
Website siap dengan loading pantas dan tracking Google Ads, serta reka bentuk yang memberi keutamaan kepada paparan telefon. Dentalove mempunyai website yang lebih fokus untuk digunakan dalam kempen iklan dan menerima pertanyaan appointment.
Mahukan website yang lebih sesuai untuk kempen Google Ads?
Kongsikan website sedia ada, servis yang ingin dipromosikan dan laluan pertanyaan pelanggan. Kami boleh membantu menyusun website yang memberi fokus kepada kelajuan, paparan telefon dan tindakan pelawat.
