Gudang.com.my berjaya disiapkan dalam masa dua minggu selepas saya berjumpa dengan pemiliknya di sebuah kedai makan. Pemiliknya seorang anak muda yang sangat kuat bekerja. Yang membuatkan saya takjub adalah setelah saya mengajar bagaimana memasukkan produk ke dalam website, bagaimana mengupdate website sendiri, dan sebagainya, dia dapat memasukkan semua barangan ke dalam website dalam masa sehari sahaja. Dia duduk di cyber cafe sepanjang hari untuk menyiapkannya.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana produk di dalam websitenya, anda boleh buat pesanan, dan saya percaya dia akan memenuhi pesanan anda dengan baik.
nota : pemilik gudang.com.my telahpun menutup website mereka diatas sebab-sebab peribadi.