Website Homestay ASM Home & Roomstay
Website jenis landing page yang dibangunkan untuk ASM Home & Roomstay dengan fokus utama kepada lead generation. Laman ini direka untuk menarik pelawat, menyampaikan maklumat penting secara ringkas dan meyakinkan, serta menggalakkan tindakan segera seperti pertanyaan dan tempahan penginapan.
Sebagai professional landing page website, struktur kandungan disusun secara strategik untuk menonjolkan kelebihan penginapan, kemudahan utama dan lokasi strategik, di samping memudahkan pelawat menghubungi pihak ASM Home & Roomstay melalui borang pertanyaan dan pautan pantas.
Dari sudut reka bentuk, laman ini menggunakan pendekatan clean and modern web design dengan mobile-friendly layout bagi memastikan pengalaman pengguna yang lancar di semua peranti. Elemen visual dan susun atur halaman direka khusus untuk menyokong objektif penjanaan lead dan meningkatkan kadar penukaran pelawat kepada pelanggan.
Tools & methods used
- Pakej Website Landing Page
- Borang Hubungi
- Paparan Mobile
- Search Engine Optimization
- CDN Cloudflare













