Website Perunding Unit Amanah

Website Perunding Unit Amanah adalah website yang menawarkan kepada pelawat untuk melantik dirinya menjadi Perunding untuk pelaburan Unit amanah anda. Tuan Khairul Arifin adalah seorang pelabur yang berpengalaman di dalam bidang pelaburan, baik dalam saham, mahupun di dalam unit amanah.

Website jenis ini lebih mudah digunakan untuk menerangkan semua manfaat yang bakal pelanggan boleh dapati, dan di dapati lebih menjual berbanding website jenis e-Commerce kerana sifatnya yang memujuk pelawat dan menerangkan tentang produk secara panjang lebar. Walaupun begitu, kekurangan website jenis minisite adalah ia hanya mampu menjual satu produk sahaja di sebabkan sifatnya yang hanya mampu menerangkan satu jenis produk sahaja.

Kami juga melakukan Servis integrate sistem autoresponder ke dalam website tersebut. Dengan menggunakan autoresponder, pemilik website boleh menyusun email automatik yang akan dihantar kepada pelawat yang subscribe newletter dari pemilik website. Dengan itu pemasaran secara email boleh dilakukan kepada semua pelanggan secara automatik.

Selain itu, kami juga melakukan Search Engine Optimization, iaitu kerja-kerja untuk meletakkan website ini pada ranking atas di website google. Pada waktu artikel ini ditulis website ini berada pada page 7 untuk keyword “unit manah”, dan kerja SEO baru bermula 2 hari sahaja (sebelum itu ianya langsung tiada dalam database google). Kami akan lakukan SEO sehingga website tersebut akan duduk di 5 tempat tertinggi dalam google sebelum berhenti melakukan SEO tersebut.

Lihat hasil yang lain