5 ciri-ciri Hosting yang Baik

Sebuah laman web yang baik dan sentiasa berfungsi memerlukan hosting yang berkualiti tinggi juga. Justeru, artikel ini akan menggariskan 5 ciri-ciri hosting yang baik sebagai panduan anda.

Kualiti pertama yang perlu ada pada akaun hosting yang baik adalah jaminan uptimenya. Uptime bermaksud tempoh masa laman web anda berfungsi dan dapat diakses. Biasanya jaminan syarikat hosting yang berkualiti adalah 99.9% dan ini adalah standard yang diguna pakai dalam industri ini. Mengapakah anda memerlukan jaminan uptime ini? Uptime yang tinggi penting terutamanya jika laman web anda adalah laman web jualan yang mana jika laman web tersebut tidak dapat diakses, anda akan kehilangan prospek yang berminat dengaan produk atau servis yang ditawarkan di laman web anda. Pastikan uptime yang ditawarkan diberi jaminan oleh penyedia hosting anda.

Seterusnya, anda juga memerlukan bantuan dari support penyedia hosting anda. Hal ini penting terutamanya jika anda menghadapi masalah berkaitan laman web anda. Support yang baik biasanya akan memberi respon kepada sebarang masalah atau persoalan yang anda ajukan selewat-lewatnya 48 jam dan biasanya support hosting yang terbaik memberikan jawapan dalam tempoh masa 24 jam. Untuk mengenal pasti jika sesebuah syarikat penyedia hosting mempunyai support yang terbaik, anda bolehlah kemukakan sebarang persoalan kepada mereka dan lihat berapa lamakah masa yang diambil untuk mereka memberikan respon. Dengan ini, anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk menggunakan servis mereka terlebih dahulu sebelum anda memastikan tahap support syarikat tersebut.

Anda juga memerlukan panel kawalan atau control panel yang mempunyai interface yang mudah untuk anda gunakan. Ini penting terutamanya jika anda tidak mempunyai sebarang kemahiran atau pengetahuan untuk mengendalikan sesebuah laman web. Anda perlu memuat naik, mewujudkan subdomain, database atau pangkalan data, membuat akaun FTP baru dan pelbagai perkara untuk memastikan sesebuah laman web terurus dan berfungsi setiap masa. Panel kawalan yang biasa ditawarkan oleh penyedia web hosting pada masa kini adalah cPanel. Sesetengah penyedia memberi anda peluang untuk mencuba secara langsung (live demo) jadi anda boleh manfaatkan peluang tersebut untuk merasai sendiri bagaimana mengendalikan control panel tersebut.

Hosting yang baik juga adalah selamat atau secure terutamanya daripada penggodam. Terdapat banyak kes laman web yang digodam sehinggakan Jabatan Pertahanan US juga pernah digodam! Walaubagaimanapun, perkara itu merupakan perbuatan penggodam yang sememangnya telah merancang dan mensasarkan bakal mangsanya. Jika anda menjalankan perniagaan internet yang melibatkan jual beli di laman web anda, cari penyedia hosting yang menyediakan perkhidmatan hosting yang selamat bagi meyakinkan bakal pelanggan anda untuk melakukan urusan jual beli dengan anda.

Kriteria yang seterusnya yang perlu anda pertimbangkan adalah spesifikasi hosting yang ditawarkan. Hosting yang baik mempunyai server pantas serta komponen berkualiti tinggi bagi menjamin laman web anda dapat dilayari dengan pantas. Kualiti hardware yang baik juga dapat memastikan laman web anda mampu dilayari oleh ramai orang pada satu-satu masa terutamanya ketika waktu puncak  (peak time). Masa loading yang singkat mampu menarik minat pengunjung laman web anda untuk terus mengunjunginya pada masa akan datang dan ini membuka peluang yang lebih banyak untuk anda menawarkan servis atau produk anda kepada mereka.

Pastikan anda mengambil kira kelima-lima aspek sebelum anda mendapatkan hosting untuk laman web supaya tidak timbul sebarang masalah pada masa akan datang. Utamakan kualiti daripada hanya inginkan penjimatan wang kerana kualiti hosting yang baik mampu memberi pulangan yang lebih lumayan jika anda bijak menggunakan  trafik yang datang ke laman web anda untuk menjana pendapatan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp