5 Tips memilih nama domain

Sebelum anda membina laman web anda, anda perlulah mempunyai nama domain terlebih dahulu. Artikel ini akan membongkarkan 5 tips terbaik dalam memilih nama domain yang sesuai untuk laman web anda yang mampu menarik trafik yang banyak serta berkekalan. Teruskan bacaan anda.

Tips pertama adalah pilih nama domain yang pendek. 10 laman web yang menduduki tangga teratas Alexa.com mempunyai maksimum 9 huruf sahaja (Wikipedia) sebagai nama domain. Alexa adalah sebuah laman web yang menentukan ranking laman web berdasarkan jumlah pengunjung sesebuah laman web. Ini menunjukkan nama domain yang pendek lebih cenderung untuk mempunyai pengunjung tetap yang banyak.

Seterusnya, pilih nama yang mudah diingati. Laman web yang menduduki kedudukan ke-25 ketika ini mempunyai 1 huruf sahaja iaitu t.co (akhiran .com tidak dikira). Contoh lain yang boleh diambil ialah GoDaddy. Apabila anda menyebutnya sendiri pun anda dapati nama GoDaddy ini mudah diingati bukan?

Anda juga boleh memilih nama domain berdasarkan keyword atau kata kunci. Anda tahu sebabnya? Ini kerana keywords merupakan perkataan yang sememangnya digunakan dalam carian pengguna untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu. Oleh itu, jika anda mempunyai nama domain yang mengandungi keywords yang mempunyai jumlah carian yang tinggi, laman web anda mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dijumpai atau dilawati.

Selain itu, anda boleh fikirkan satu nama domain yang unik. Nama yang unik adalah lebih mudah diingati. Nama domain yang unik mampu mambantu anda membina jenama atau “brand” anda tersendiri dan ini amat membantu jika anda merancang untuk membina bisnes untuk jangka masa panjang.

Tips terakhir dalam memilih domain ialah memilih akhiran .com sebagai nama domain anda. Seperti yang anda sedia maklum “com” bermaksud “commercial” dan akhiran domain ini adalah yang paling biasa digunakan dan pengguna internet biasanya lebih percayakan laman web dengan akhiran .com berbanding akhiran .info contohnya. Hal ini turut terbukti apabila rata-rata laman web yang berada di kedudukan tinggi Alexa menggunakan akhiran .com bagi nama domain mereka.

Semoga tips ini dapat membantu anda memilih nama domain yang sesuai serta mudah diingati untuk laman web anda. Selamat memilih nama domain anda!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp