7 ciri-ciri laman web yang mesra SEO

Laman web hebat yang mempunyai design yang cantik dan informasi terkini tidak menjamin trafik berduyun-duyun datang ke laman web anda. Anda perlulah mempromosi laman web anda dan melakukan pelbagai jenis marketing seperti forum dan artikel marketing.

Laman web hebat yang mempunyai design yang cantik dan informasi terkini tidak menjamin trafik berduyun-duyun datang ke laman web anda. Anda perlulah mempromosi laman web anda dan melakukan pelbagai jenis marketing seperti forum dan artikel marketing.

Artikel ini menumpukan satu lagi jenis marketing iaitu search engine marketing (SEM) iaitu dengan cara meningkatkan ranking anda di enjin carian seperti Google. Bagaimanakah caranya anda meningkatkan ranking anda? Jawapannya adalah dengan melakukan SEO (search engine optimization) iaitu kaedah mengoptimumkan laman web anda agar mudah dicari oleh enjin-enjin carian.

Laman web yang mesra SEO bermula dengan kajian keyword anda. Anda perlulah menumpukan kepada keyword yang mempunyai jumlah carian yang banyak agar usaha anda berbaloi. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga anda untuk keyword yang mempunyai jumlah carian sebanyak 100 sebulan, maka sia-sialah usaha anda kerana potensi trafik yang amat kecil daripada keyword tersebut. Pastikan jumlah carian keyword yang anda sasarkan mempunyai jumlah carian yang banyak supaya potensi trafik yang akan datang ke laman web anda kelak adalah banyak.

Selain itu, anda perlulah melakukan ‘on-page SEO’. Apakah on-page SEO ini? On-page SEO melibatkan:

  • Menggunakan meta tag. Pastikan keyword yang anda sasarkan diletakkan pada meta tag ini.
  • Title tag. Sama seperti meta tag, selitkan keyword yang anda sasarkan di title tag.
  • Gunakan alt pada gambar. Kadangkala gambar akan muncul di hasil carian Google oleh itu pastikan gambar anda menggunakan alt berkaitan keyword yang disasarkan.
  • Minimumkan atau elakkan penggunaan isi kandungan flash/java kerana ‘spider’ enjin carian tidak dapat mengenal pasti kandungan tersebut dan hasilnya laman web anda kelihatan kurang relevan dengan topik anda pada pandangan enjin carian.

Selain on-page SEO, anda juga perlulah mengiklankan laman web anda di web yang mempunyai authority kerana trafik yang berkunjung laman web ini amat tinggi. Anda juga memperoleh manfaat backlink jika pautan laman web anda berada di laman yang mempunyai page rank yang tinggi. Tetapi ia hanya berkesan selama pautan anda berada di laman web tersebut.

Anda juga seharusnya memanfaatkan penggunaan laman social kerana laman web yang mempunyai banyak aktiviti daripada pelawatnya mempunyai nilai yang tinggi pada enjin carian. Ini kerana aktiviti yang tinggi seperti jumlah komen,like atau share yang banyak memberi isyarat kepada enjin carian bahawa laman web anda sangat relevan dan memberikan nilai kepada pelawatnya.

Berikan tumpuan pada on-page SEO selain kempen off-page SEO yang bersesuaian pasti mampu meningkatkan ranking anda di enjin-enjin carian terutamanya di Google. Selamat mencuba!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp