Saya akan tunjukkan cara asas memasukkan artikel ke dalam laman web yang menggunakan sistem WordPress. Jika dahulu WordPress terkenal dengan laman blog peribadi, namun sekarang anda boleh menjadikan WordPress sebagai laman web majalah, laman web korporat, laman web ecommerce dan sebagainya.
Langkah memasukkan artikel atau dalam sistem WordPress dipanggil “Post”, adalah seperti di bawah.
1. Masuk ke laman admin laman web (WordPress) anda. Taip www.lamanwebanda.com/wp-admin (gantikan lamanwebanda.com kepada alamat sebenar website)
Tuliskan Username dan Password, dan klik Log In
2. Dalam bahagiabn Admin, Klik Add New pada bahagian Posts (rujuk gambar di bawah). Untuk Edit artikel anda boleh klik All Posts.
3. Kemudian masukkan Tajuk Artikel (1), Isi kandungan Artikel (2), serta gambar(3). Untuk fungsi bold, warna perkataan, alignment, anda boleh gunakannya dalam rajah berlabel 4.
*Nota: Sebaiknya artikel yang diambil daripada Microsoft Word atau mana-mana laman web hendaklah di paste dahulu ke dalam software Notepad, kemudian copy semula dari Notepad, baru paste kan ke dalam ruangan artikel.
4. Pilih Kategori (5) yang sesuai dengan artikel yang dimasukkan supaya kedudukan artikel akan berada dalam kategori yang betul pada website anda. Tags adalah keyword yang sesuai bagi artikel anda, sebaiknya masukkan beberapa keyword dengan menggunakan tidak lebih dari 3 patah perkataan.
5. Masukkan Featured Image di bahagian ini. Klik Set featured image dan upload gambar yang sesuai. Featured image penting pada paparan muka depan laman web.
6. Setelah selesai memasukkan artikel, klik Publish.
Selesai.