Dalam laman web yang dibangunkan menggunakan sistem WordPress, anda perlu faham 2 konsep ini.
1. Artikel pada laman web wordpress terletak di bahagian Posts.
– Artikel yang dimasukkan di bahagian Posts, adalah artikel yang akan berada di muka depan laman web. Artikel paling baru akan berada pada bahagian paling atas (atau paling awal dalam kategori tersebut)
– Ia dikawal oleh tarikh yang di masukkan di bahagian artikel sendiri. Secara default (jika tidak diubah), apabila anda memasukkan artikel, tarikh tersebut adalah pada tarikh dan masa terkini artikel tersebut dimasukkan.
– Anda boleh mengubah tarikh dan masa artikel yang dipaparkan. Samada menetapkan tarikh ke belakang atau tarikh akan datang. Apabila anda menetapkan tarikh akan datang, artikel tersebut akan muncul secara automatik pada tarikh yang ditetapkan. Ia biasanya digunakan oleh blogger-blogger yang telah mempunyai artikel yang banyak dan memasukkan artikel-artikel tersebut pada satu masa sahaja.
– Klik sahaja edit di bahagian Publish, (sebelah kanan ruangan memasukkan artikel). Kemudian tetapkan tarikh dan masa yang diinginkan.
– Artikel di bahagian Posts ini juga dikawal oleh kategori (Caegories) dan Tags. Ia memudahkan anda dan pembaca mencari artikel yang berkaitan dengan kategori-kategori tertentu. Sebaiknya anda menyusun mengikut kategori yang sesuai dan tidak terlalu banyak.
– Contoh artikel yang dimasukkan di bahagian Posts (dalam laman web saya)
2. Artikel statik terdapat di bahagian Pages
– Pada bahagian Pages, artikel yang dimasukkan adalah statik dan tidak disenaraikan mengikut tarikh. Kebiasaannya, artikel yang dimasukkan di bahagian pages ini adalah seperti artikel tentang syarikat, hubungi kami atau senarai harga barang.
– Artikel yang dimasukkan di bahagian Pages boleh diletakkan di bahagian Sidebar (bahagian kiri atau kanan) laman web menggunakan fungsi Widget.
– Artikel di Pages juga boleh diletakkan di bahagian atas laman web yang dipanggil Menus (bergantung keapda kedudukan Menu satu-satu template). Di bahagian menu juga boleh memaparkan kategori-kategori artikel dalam bahagian Posts.
– Artikel di bahagian Pages tidak mengandungi kategori atau tags yang dapat disusun secara automatik oleh sistem website.
Sekian.