Jom ubah “Tentang Kami”

“Tentang kami” wajib ada dalam sesebuah website. Tapi secara jujurnya berapa banyak halaman “Tentang kami” yang membuatkan anda teruja dengan perniagaan atau servis yang ditawarkan dalam website itu?

“Tentang kami” wajib ada dalam sesebuah website. Tapi secara jujurnya berapa banyak halaman “Tentang kami” yang membuatkan anda teruja dengan perniagaan atau servis yang ditawarkan dalam website itu?

Reaksi biasa terhadap “Tentang kami” ialah halaman yang membosankan dan biasanya diabaikan oleh pelawat website. Faktor terbesar yangmenjadi isu disini berkemungkinan disebabkan  pemilik website enggan menulis tentang  diri mereka. Kemungkinan besar juga pemilik website tidak tahu apa yang hendak diletakkan dihalaman itu, jadi langkah termudah ialah meniru apa yang orang lain tulis pada “Tentang kami” mereka.

“Tentang Kami” tak terhad kepada siapa anda dan perniagaan apa yang dilakukan kerana ia sepatutnya difokuskan untuk pembaca berkaitan apa yang boleh syarikat  lakukan  untuk memenuhi kehendak pembaca, cara menyelesaikan masalah mereka, apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebimbangan dan menjawab persoalan yang bermain difikiran pembaca.

Fikirkan, bila anda klik pada “Tentang Kami” sesebuah syarikat yang anda sememangnya berminat untuk membeli barangan mereka, apa yang anda harapkan?

Adakah anda rasa kejayaan, misi dan visi syarikat tersebut penting atau anda mencari bukti disebalik cara terbaik syarikat itu dapat membantu menyelesaikan masalah anda? Sekiranya tiada sebarang bukti yang dapat menyakinkan pelawat website pada halaman “Tentang Kami”, ia akan menyebabkan pembaca rasa diabaikan dan terkilan.

Elakkan pelawat website anda bosan dengan apa yang anda tulis pada halaman “Tentang Kami” dengan menggunakan pendekatan penceritaan.

Ceritakan kepada pelawat cara anda dapat membantu mereka. Cerita lebih mudah diingati berbanding fakta. Mulakan dengan penceritaan berkaitan sebarang masalah pelawat dapat dibantu dengan perniagaan yang anda jalankan. Dan akhiri dengan keyakinan tentang bagaimana perniagaan, produk, atau servis yang anda jalankan dapat menjadikan kehidupan pelawat website anda menjadi lebih baik. Jangan lupa untuk selitkan sedikit butiran tentang siapa anda, perniagaan anda berkaitan apa & bagaimana anda telah membantu ramai orang yang memerlukan bantuan.

Buktikan juga kehebatan yang dimiliki. Pendekatan yang boleh digunakan seperti testimoni, bilangan pengikut di laman sosial syarikat anda dan kata-kata dari orang-orang terkenal yang pernah menggunakan produk atau servis anda.

Sekiranya anda menggunakan semua pendekatan yang dinyatakan tadi, anda mampu menarik perhatian pelawat untuk terus berhubung dengan syarikat anda dan meyakinkan mereka untuk menggunakan produk atau servis dari syarikat anda.

Kunci kepada “Tentang kami” yang bagus bukanlah rahsia kerana cara terbaik yang dapat digunakan ialah bagaimana pendekatan yang diambil untuk menarik pembaca terus membaca apa yang ditulis.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp