Kecenderungan untuk membeli sesutu produk biasanya atas faktor warisan. Warisan di mana ibu, nenek malah moyang anda juga menggunakan produk yang sama membuatkan anda yakin dan mudah membeli produk tersebut tanpa rasa ragu walaupun ada produk sama berlainan jenama yang lebih baik dari yang anda biasa gunakan itu. Begitu juga halnya bila ada membeli belah dalam talian. Pengunjung mahukan laman web yang memudahkan mereka untuk melihat semua paparan produk, kemas, dan tidak menyakitkan mata. Mereka mahukan sesuatu yang simple.
Pasti anda terfikir bagaimana untuk mengaplikasikannya ke dalam website anda? Anda mungkin mahu website yang unik, canggih, dan menarik namun jika pengunjung laman web anda memerlukan lebih masa untuk membiasakan diri dengan layout website yang terlalu canggih, kemungkinan mereka akan klik Off dan tidak akan kembali ke laman web anda. Jika anda mahu menarik pelawat dan mengekalkan penonton, pastikan laman web anda simple.
Mudah = Mudah digunakan

Beberapa tahun dahulu semasa Myspace rancak diperkatakan oleh semua orang, Facebook hanya dipandang sepi. Semua orang suka Myspace kerana boleh menukar halaman layout dengan bermacam-macam design yang diingini. Sedangkan Facebook kelihatan membosankan tanpa halaman layout yang boleh diubah. Kini segalanya berubah, orang ramai bertukar kepada Facebook kerana halamannya yang mudah dan lebih kemas. Nah, kesederhanaan dalam halaman sosial lebih menarik kini kerana lebih mudah digunakan dan faktor yang ketara adalah kerana pengguna media sosial sudah tiada rasa teruja untuk menghias laman sosial mereka.
Mudah = Tidak menyakitkan mata

Sesuatu yang mudah bukan bermaksud ianya membosankan. Kelebihan rekaan web yang mudah memberikan keselesaan dan keyakinan kepada pengunjung untuk menerokainya. Keselesaan ini mendorong mereka untuk kembali semula ke laman web tersebut. Wow! Bukankah ini memberi kelebihan kepada laman web anda?
Mudah = Spesifik
Jika anda mahukan lama web yang hebat, mudah dan berjaya, kami sarankan anda untuk mula melakukan kerja dan spesifikkannya. Bukan sahaja menjimatkan masa, wang dan tenaga malah anda akan memiliki laman web anda sendiri yang sangat hebat dan disukai ramai! Kesimpulannya, kemaskini rekaan laman web anda kini. Jauhkan dari corak kartun dan contoh-contoh Flash yang memberatkan laman web anda. Kemaskini agar laman web anda lebih tersusun, sangat mudah digunakan, kemas dan selamat digunakan. Rekaan yang simple lebih meyakinkan.Masih ragu-ragu? Aplikasikannya sekarang dan lihat hasilnya. Semoga berjaya.