Mahu trafik percuma dari facebook?

Trafik merupakan antara elemen terpenting bagi sesebuah laman web. Tidak berguna jika anda mempunyai sebuah laman web dengan design yang cantik serta informasi berguna dan terkini tetapi tidak menerima sebarang trafik.

Anda perlulah giat melakukan promosi melalui pelbagai medium sama ada percuma ataupun berbayar. Mari kita lihat bagaimana anda boleh memanfaatkan populariti Facebook dan menjadi satu cabang promosi percuma bagi laman web anda.

Anda mungkin pernah lihat sebuah kotak yang biasanya berada di sidebar kanan yang tertulis “xxxx like this” (xxxx mewakili nombor). Kotak ini dinamakan fan page box yang anda boleh perolehi kodnya di laman web developer Facebook. Jika pelawat laman web anda mengklik like untuk fan page anda, secara automatik kawan-kawannya di Facebook turut dapat melihat fan page anda di wall mereka. Secara tidak langsung, anda telah menerima promosi percuma setiap kali pelawat anda mengklik like fan page anda!

Selain like untuk fan page anda di Facebook, anda juga bolehlah menyediakan butang like dan share bagi setiap pos di laman web anda. Ini untuk memudahkan pelawat laman web anda berkongsi artikel atau pos berguna di laman web anda dan ini meningkatkan peluang untuk anda menerima promosi percuma setiap kali artikel anda menerima like ataupun dikongsi di Facebook.
Anda juga boleh menggalakkan pelawat laman web anda untuk memberikan like ataupun berkongsi di Facebook. Berikan ganjaran seperti produk yang boleh dimuat turun jika sesuatu artikel ataupun pos menerima minimum like atau share yang anda sasarkan. Cara ini juga memberikan anda promosi percuma yang mudah yang mana anda sediakan informasi berguna yang sememangnya diperlukan audience anda dan kemudian lihatlah kesan viralnya hasil like dan share di Facebook mereka.

Selain itu pastikan juga anda tidak lupa untuk update di semua facebook group yang anda sertai setiap kali anda membuat post baru di blog. Anda hanya perlu menyalin petikan daripada pos anda dan kongsikannya di group facebook sebagai teaser atau umpan untuk mereka lawati blog anda. Cara ini mudah, cepat dan mampu menarik trafik berkualiti. Gunakan ruangan komen yang menggunakan ID Facebook jika pelawat anda ingin meninggalkan komen di blog anda. Dengan cara ini, komen yang ditinggalkan mereka turut muncul di wall Facebook mereka sekaligus membantu mempromosikan blog anda.

Promosi blog atau laman web perlu dilakukan secara konsisten lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja bermula. Sasarkan berapa banyak pelawat tetap yang anda mahukan dan berusaha untuk mencapai matlamat itu. Mungkin usaha ini memerlukan sedikit masa tetapi jika anda konsisten melakukannya anda pasti meraih hasilnya pada masa akan datang.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp