Punca Gagal dalam Bisnes Internet

Adakah anda baru memulakan perniagaan secara online atau sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan melalui internet tapi masih gagal menarik hati pengunjung yang ada untuk menjadi pembeli? Ketahui punca-punca kegagalan dalam bisnes internet seperti yang dicatatkan di bawah.
  • Tidak Mengutamakan Pemasaran Emel dalam Perniagaan Internet

Untuk menarik hati prospek agar menjadi pelanggan  menggunakan cara yang mudah dan tanpa menggunakan kos yang tinggi, seseorang peniaga internet perlu melakukan pemasaran emel. Boleh juga dikatakan, pemasaran emel merupakan perkara yang WAJIB dilakukan oleh perniaga internet untuk meluaskan dan mengembangkan lagi perniagaan kerana ia boleh menjadi senjata utama yang menjadikan jualan anda lebih dekat dihati pelanggan. Pemasaran emel dapat menarik perhatian pengunjung laman web anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan servis yang anda tawarkan.

Keberkesanannya tidak perlu diragui lagi kerana pemasaran emel menduduki tempat tertinggi dalam carta medium pemasaran di internet. Menurut, WebProNews.com, hampir 90% perniagaan di internet terus kekal berjaya menjana sehingga jutaan ringgit setiap tahun hasil penggunaan pemasaran emel . Melalui pemasaran emel, komunikasi dapat dilakukan dengan cara yang mudah dan pantas sekaligus menyelesaikan masalah komunikasi antara peniaga dan pelanggan.

Masih ada peniaga internet yang belum menggunakan pemasaran emel kerana masih tidak sedar akan potensi pemasaran emel ini, namun fikirkan tentang keselesaan pelanggan anda yang sering mengharapkan feedback yang cepat dan pantas dari anda sekiranya mereka memiliki soalan yang ingin ditanya tentang produk yang anda jual. Secara tak langsung pemasaran emel memudahkan kerja-kerja pengurusan, pemasaran dan promosi. Menurut, jamal (pakar internet) untuk memulakan pemasaran emel hari ini, boleh layari laman web penyedia servis pemasaran emel seperti Aweber, GetResponse dan ConstantContact untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Salah Mempromosikan Produk dan Perkhidmatan
wrong1

95% Punca kegagalan internet adalah kesilapan memilih produk dan servis untuk diniagakan di internet. Jadi, pastikan kita melakukan kajian terlebih dahulu, bagi mengenalpasti kehendak pelanggan. Amat penting untuk seseorang peniaga internet menjual produk yang pelanggan mahukan, bukan apa yang peniaga mahu jual. Keunikkan dan ketinggian tahap permintaan kepada sesuatu produk memberikan peluang yang lebih cerah kepada peniaga internet untuk berjaya dalam bisnes internet. Selain itu, peniaga internet juga perlu mengetahui teknik dan kaedah promosi yang baik agar lebih ramai mengetahui tentang barang yang anda jual. Sekirannya kaedah promosi yang digunakan kini tidak berhasil, tukarlah kepada teknik lain kerana terdapat lebih 1001 teknik dan kaedah promosi yang sesuai digunakan untuk peniagaan internet anda. Pilihan di tangan anda sama ada menggunakan kaedah promosi percuma ataupun berbayar.

  • Tidak Pandai Berkomunikasi Dengan Pelanggan
bad-customer-service1

Pelanggan mudah beralih arah sekiranya peniaga tidak pandai berkomunikasi dengan baik. Peniaga yang panas baran dan tidak sabar membuat pelanggan serik dan tidak mahu lagi membeli barangan mereka. Peniaga internet perlu sedar, tak semua pelanggan faham apa yang kita faham. Ia juga  boleh menjejaskan kejayaan perniagaan online apabila peniaga internet mengabaikan pelanggan. Peniaga internet perlu mendengar cadangan pelanggan, mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan , dan menggunakan media sosial untuk mengenali pelanggan anda. Pendekatan menggunakan media sosial memudahkan komunikasi dan dapat membantu mengeratkan hubungan perniagaan antara pembeli dan penjual.

  • Tiada Fokus
man-trying-to-concentrate

Kenyataan Albert Einstein  
“Genius adalah keupayaan untuk memberi tumpuan kepada satu perkara tertentu untuk masa yang lama tanpa hilang tumpuan.”

Fokus amat penting dalam bidang peniagaan internet ini. Untuk berjaya dalam peniagaan internet, tetapkan fokus anda dan buat satu kerja dalam satu masa. Pelajari dengan lebih terperinci selok belok kaedah perniagaan yang anda guna sebelum mencuba kedah yang lain. Terdapat banyak peluang di dalam dunia internet yang dapat membantu peniagaan internet anda. Seperti, Ebay, Adsense, Network Marketing, Pengiklanan, Affiliate, E-commerce dan sebagainya.

  • Takut gagal
bigstock-A-man-jumps-over-the-word-fear-21701165

Ramai orang ingin berjaya apabila mula menjinakkan diri dalam bidang bisnes internet tetapi takut untuk gagal. Rasa takut gagal yang lebih tinggi dari rasa berani mengambil risiko dalam perniagaan online boleh menjadi halangan untuk anda berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL. Jadi, gagal bukan alasan untuk menghentikan usaha dan semangat anda dalam menjalankan perniagaan internet.

  • Tiada Kemahiran Lain

Tahap kemahiran yang terhad membantutkan misi untuk berjaya dalam peniagaan internet. Tak semua perkara dapat dilakukan secara sendiri. Kadangkala, anda boleh menyerahkan sesuatu yang bukan dalam bidang kemahiran anda kepada mereka yang pakar.

Kepada peniaga internet, diharap anda tidak mudah berputus asa dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh menggagalkan perniagaan internet anda seperti yang dinyatakan di atas.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp