Cara Edit Menu – Pav MegaMenu

Bagi sesetengah Laman Web yang menggunakan sistem Pav pada Opencart 2.0, terdapat sistem menu yang lebih mudah diuruskan dengan banyak fungsi. Susunan juga mudah diuruskan kerana sistem ini menggunakan sistem ‘Drag n Drop’.

Panduan Edit Main Menu – Pav MegaMenu

1. Klik Extensions>Modules

Cara-Edit-menu-pav-menu-1

2. Dalam senarai Modules, Klik butang Edit pada Pav MegaMenu.

Cara-Edit-menu-pav-menu-2

3. Di bahagian kiri adalah senarai Menu yang telah dimasukkan dalam web.

Cara-Edit-menu-pav-menu-3

4. Untuk susun menu, anda hanya perlu drag sahaja menu tersebut ke bahagian yang dikehendaki.

pav mega menu opencart

5. Untuk bina menu baru, masukkan Nama Menu yang dikehendaki di bahagian Title. Pada bahagian Type, pilih jenis menu contohnya URL, Category atau Information. 

Jika anda pilih Information, sila buat pilihan Information yang ingin di link kan pada menu tersebut di bahagian Information.

Jika anda pilih jenis menu adalah Kategori, maka pilih kategori yang ingin di link kan pada menu tersebut.

Cara-Edit-menu-pav-menu-6

6. Jika web anda dwibahasa, klik pada bahasa kedua contohnya English, kemudian masukkan tajuk sahaja, bahagian lain tidak perlu ubah.

Cara-Edit-menu-pav-menu-4

7. Setelah selesai, klik Save. (klik mana-mana butang save)

Cara-Edit-menu-pav-menu-5

Selesai.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp