Cara Memasukkan Harga Agen (Opencart 2.0)

Sesetengah laman web yang menjual barang ‘online’ mempunyai beberapa jenis kumpulan pelanggan. Contohnya agen, pemborong, ahli premium dan banyak jenis lagi. Pemilik kedai online (E-Commerce) boleh menggunakan Sistem Harga Kumpulan Pelanggan.Sistem ini membolehkan pemilik kedai online memasukkan harga bagi setiap kumpulan pelanggan yang dibuat (agen, pemborong atau ahli premium) dan membuat harga istimewa pada musim promosi.

**Untuk memasukkan sistem Harga Kumpulan Pelanggan, boleh hubungi kami.

Panduan Menggunakan Sistem Harga Kumpulan Pelanggan

a) Membina Jenis / Kumpulan Pelanggan

1. Log masuk ke laman web Opencart anda. Taip www.namadomain.com/admin

2. Klik pada Customers>Customer Groups

cara-masukkan-harga-agen-opencart5

3. Klik tanda tambah di bahagian atas kanan untuk bina Kumpulan Pelanggan baru.

cara-masukkan-harga-agen-opencart6

4. Tuliskan nama Kumpulan Pelanggan yang diinginkan dan klik Save save opencart.

cara-masukkan-harga-agen-opencart7

Selesai membina kumpulan pelanggan baru.

B) SETKAN KUMPULAN PELANGGAN KEPADA PELANGGAN YANG BERDAFTAR

1. Klik Customers>Customers

cara-masukkan-harga-agen-8

2. Klik Edit pada mana-mana pelanggan.

cara-masukkan-harga-agen-9

3. Pilih Kumpulan Pelanggan yang ingin ditetapkan di bahagian ‘Customer Group’ pada Tab General.

cara-masukkan-harga-agen-10

4. Setelah selesai, klik butang Save save opencart

C) Masukkan Harga Bagi Kumpulan Pelanggan yang dibina

1. Klik Catalog>Products

cara-masukkan-harga-agen-opencart

2. Klik Edit pada mana-mana Produk

cara-masukkan-harga-agen-opencart2

3. Klik pada tab Data.

cara-masukkan-harga-agen-opencart3

4. Scroll ke bawah sedikit, Lihat bahagian Price dan Customer Groups Prices. Bahagian Price hendaklah diisi supaya pelanggan yang tidak berdaftar atau berdaftar sebagai ahli biasa dapat lihat harga produk.

Harga bagi kumpulan pelanggan lain (contoh: Dealer), boleh isi pada ruangan yang ditunjukkan di bawah.

cara-masukkan-harga-agen-opencart4

Setelah selesai, klik Save save opencart

Itu sahaja untuk kali ini. Sekian.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp