Sistem Affiliate Opencart (Front-End)

Mempromosikan agar pelanggan mendaftar sebagai agen adalah satu bonus kepada pemasaran laman web anda. Agen yang mendaftar ke dalam sistem affiliate anda akan mempromosikan laman web anda secara percuma menggunakan Tracking Code masing-masing. Mereka akan dibayar sekiranya terdapat jualan pada link yang dipromosikan mereka.

Proses Pendaftaran Affiliate dari Front-End Laman Web

Kebiasaannya, affilite ini terletak pada footer laman web di bahagian Extras. Apabila klik Affilite, anda akan dibawa ke ruangan log masuk agen atau pendaftaran agen.

sistem affiliate opencart front end1

Terdapat dua bahagian dalam paparan ini. Untuk agen baru, boleh klik pada New Affiliate, manakala bagi agen sedia ada, boleh log masuk ke bahagian Affiliate Login.

Di bahagian sidebar, kebiasaannya terdapat link yang akan berfungsi setelah anda log masuk sebagai agen.

Kita cuba lihat pendaftaran baru sebagai Agen. Klik Continue pada bahagian New Affiliate.

pendaftaran sistem affiliate opencart front end

Masukkan info yang diminta kemudian klik butang Continue. Jika tiada sebarang masalah, anda akan dibawa ke halaman berikut.

selesai pendaftaran affiliate opencart

Ini bermakna anda telah berjaya mendaftar sebagai agen.

Mengesahkan Agen Baru Mendaftar.

Apabila pendaftaran dibuat, anda pelu menunggu pihak admin laman web ini sahkan pendaftaran anda dahulu.

Untuk bahagian ini, boleh rujuk panduan sebelum ini.

Bahagian My Account

Setelah anda disahkan sebagai agen, anda boleh log ini dan akan dibawa ke halaman My Account.

my account affiliate opencart2

Pada bahagian Edit Your Account Information, anda boleh kemaskini maklumat peribadi anda.

my account affiliate opencart

Kemudian di bahagian Change your password, anda boleh ubah password log masuk ke halaman affiliate anda sendiri.

Kemudian bahagian Payment Option. Anda boleh masukkan akaun bank anda atau apa sahaja cara pembayaran komisyen kepada anda nanti.

maklumat pembayaran affiliate opencart

Tracking Code Produk bagi Affiliate

Tracking code adalah kod unik bagi setiap agen affiliate. Apabila anda mempromosikan produk samada di facebook atau laman web anda, masukkan link tracking ini. Apabila terdapat jualan daripada link yang anda promosikan, maka komisyen akan masuk ke dalam  akaun anda.

Klik pada Affiliate Tracking.

tracking code produk affiliate opencartHalaman ini membenarkan anda mencipta link tracking bagi setiap produk. Pada bahagian Your Tracking Code adalah kod tracking yang unik bagi setiap agen. Anda perlu biarkan kod itu tanpa sebarang perubahan.

Pada Tracking Link Generator, anda boleh taip mana-mana produk yang anda ingin promosikan. Bahagian ini auto-complete di mana apabila anda masukkan huruf, maka akan keluar senarai cadangan produk yang bermula daripada huruf tersebut.

Klik pada produk yang diinginkan, kemudian link anda akan muncul pada bahagian Tracking Link.

Gunakan link ini untuk mempromosi produk atau letakkan link ini pada banner di laman web anda. Sekiranya terdapat pembelian melalui link ini, makan komisyen akan masuk ke dalam akaun anda setelah disahkan oleh pihak admin laman web.

Selesai.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp