Peratus komisyen affiliate anda boleh tentukan dalam laman admin anda. Sila rujuk artikel ini. Anda juga boleh memasukkan peratus komisyen yang berbeza bagi setiap agen.
Apabila terdapat tempahan melalui link tracking agen affiliate anda, anda akan jumpa bahagian di mana terdapat agen yang berjaya membuat jualan.
Sahkan Komisyen Agen Affiliate
Log masuk ke dalam laman admin (back-end) opencart anda dan klik pada Sales > Orders. Klik View Order seperti dalam gambar di bawah.
Anda akan lihat detail info berkenaan tempahan. Kemudian anda akan jumpa bahagian untuk mengesahkan komisyen.
Di bahagian Affiliate, anda akan lihat nama Agen anda yang membuat jualan ini. Jika anda ingin sahkan komisyen buatnya, anda hanya perlu klik butang hijau di sebelah kanan sekali.
Apabila komisyen sudah disahkan, anda akan lihat butang merah dimana anda boleh membatalkan semula komisyen yang diterima agen anda.
Agen yang disahkan komisyennya akan menerima emel yang memberitahu bahawa mereka telah berjaya membuat jualan dan menerima komisyen.
Di bahagian My Account bagi agen tersebut juga terdapat jumlah komisyen terkumpul dan yang sudah dibayar kepada agen.
Klik pada bahagian Your Transaction.
Masukkan Komisyen Secara Manual
Sama juga, anda boleh ke bahagian Marketing > Affiliates. Kemudian klik edit pada agen tertentu.
Pada tab Transaction, anda boleh masukkan komisyen secara manual jika perlu.
Setelah selesai, klik Add Transaction.
Sekian.