Menguruskan Affiliate dalam Sistem Opencart (Back-End)

Bagi laman web ecommerce, pemasaran affiliate menjadi salah satu komponen penting dalam mengembangkan pasaran produk. Kebanyakan sistem e-commerce sudah mempunyai sistem affiliate bagi memudahkan pemilik e-commerce menggunakannya.

Saya akan tunjukkan proses memasukkan agen dan mengesahkannya, serta bagaimana sistem komisyen berfungsi.

Dalam bahagian ini, kita akan uruskan sistem affiliate dari dalam bahagian Administration (back-end).

Pemasaran Affiliate dalam Opencart

Untuk memasukkan komisyen kepada agen yang mendaftar, klik System > Settings. Kemudian Klik edit.

Pada Tab Option, anda akan jumpa bahagian Affiliate. Di sini anda boleh setkan jumlah komisyen yang akan dijana oleh sistem sekiranya agen affiliate membuat jualan daripada tracking code nya.

sistem affiliate dalam opencart 5

Admin boleh memasukkan akaun affiliate dari dalam sistem pengurusan ataupun mengesahkan pendaftaran apabila terdapat pengguna yang mendaftar daripada laman web (front-end). Apabila pengguna mendaftar sebagai agen affiliate, admin perlulah mengesahkan akaun tersebut barulah mereka dapat menjana komisyen daripada link yang dibekalkan.

1. Log masuk ke dalam sistem administration.

2. Klik pada Marketing > Affiliates. Anda akan lihat senarai agen affiliate yang mendaftar di laman web anda. Terdapat juga bahagian carian / filter jika anda mempunyai ramai agen.

sistem affiliate dalam opencart 1

3. Anda akan lihat Balance iaitu komisyen yang dijana oleh agen anda dan anda belum membuat pembayaran komisyen kepada agen tersebut.

4. Pada kolum terakhir, Action, terdapat 3 icon yang menggambarkan status agen affiliate tersebut. Icon “thumbs up” berwarna hijau yang tidak boleh klik menunjukkan bahawa agen tersebut sudah disahkan. Jika icon tersebut aktif (boleh diklik) bermakna anda perlu klik icon tersebut untuk mengesahkan pendaftaran agen tersebut.

Icon “lock” berwarna oren menunjukkan bahawa agen affiliate tersebut di halang daripada log in atau tidak. Secara umumnya, jika agen tersebut belum disahkan atau melebihi had cubaan log masuk ke akaunnya, maka ia ditanda lock.

Icon biru pula membolehkan anda lihat detail atau edit informasi agen anda.

Memasukkan Agen Affiliate dari Back-End

Untuk memasukkan agen affiliate, klik icon + pada bahagian atas kanan dalam page tadi.

sistem affiliate dalam opencart 2

Dalam tab General, masukkan informasi asas agen affiliate. Bahagian yang penting adalah Tracking Code, ia adalah unik bagi setiap agen yang mendaftar. Sebaiknya, bahagian ini tidak diubah. Agen affiliate akan menggunakannya untuk mempromosikan produk nanti.

sistem affiliate dalam opencart 3

Dalam tab Payment Detail, masukkan cara bayaran yang diinginkan oleh agen tersebut. Jika anda ingin meningkatkan komisyen bagi agen tertentu, anda boleh setkan di ruangan Commission %.

Pengesahan Agen Affiliate Yang Mendaftar

Setelah anda mendaftarkan Agen dari back-end (administration), anda PERLU mengesahkannya!

Sama juga seperti di atas, sila ke Marketing > Affiliates.

sistem affiliate dalam opencart 6

Anda akan lihat icon “thumbs up” berwarna hijau yang masih aktif, ia bermakna agen affiliate tersebut belum disahkan. Jadi anda hanya perlu klik icon hijau tersebut untuk mengesahkannya. Ia penting agar agen affiliate anda boleh menjana komisyen setelah akaunnya disahkan.

Selesai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp