Pada bahagian Option dalam sistem Opencart, anda boleh menambah pilihan yang sesuai bagi satu-satu produk, samada saiz, warna dan lain-lain. Harga untuk Sabah dan Sarawak (jika berbeza dengan harga Semenanjung Malaysia) juga boleh ditambah di bahagian ini.1. Sila ke Catalog > Options
Kemudian klik New atau tanda + pada bahagian atas kanan.
2. Untuk setting Size/warna/harga Sabah Sarawak, kebiasaannya menggunakan “Type” Select atau Radio. Sila ikut maklumat/gambar di bawah:
atau
Setelah tambah semua saiz/warna/negeri, sila klik save.
3. Kemudian sila klik edit mana-mana produk yang anda ingin masukkan Option/Pilihan saiz yang dibuat tadi. Pergi ke tab Option. Taip Saiz kemudian akan keluar (auto) Option Name yang anda buat sebentar tadi. Klik Option name tersebut.
Bahagian Quantity mesti ada nilai, jika tidak sistem akan kira produk Out Of Stock. Price boleh tambah atau tolak. Jika harga asal RM10, untuk pilihan saiz XXL harga RM12, maka tulis +2 pada price. Begitu juga Points dan Weight.
Setelah selesai klik save.
Ini adalah contoh penggunaan jenis Option di laman web anda.
Sekian…