Opencart adalah sistem e-commerce yang mudah diselenggara oleh pengguna. Opencart sudah digunapakai oleh syarikat-syarikat besar dalam menjalankan perniagaan atas talian. Menurut w3techs.com antara laman web popular yang menggunakan opencart adalah:
- Ukr.net
- Freekaamaal.com
- Risingbd.com
- Sacbee.com
- Kitapyurdu.com
- Barcanews.org
- Bukombin.com
- Offcn.com
- Borsonline.hu
- Bible.org
Bagi yang belum biasa dengan sistem opencart, anda boleh mengikui artikel-artikel kami yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa tentang penggunaan dan panduan opencart.
Opencart menyediakan platform yang mudah dikemaskini oleh pengguna, mempunyai laporan jualan, fungsi perkongsian sosial, malah sudah terdapat sistem blogging dalam opencart.
Baru-baru ini, opencart.com telah memperkenalkan versi 2.0 di mana mereka mengemaskini versi baru ini dengan baik sekali.
1. Rekabentuk Responsif
Rekabentuk responsif yang mengikut paparan pelbagai device atau mobile adalah fungsi utama dalam pembinaan laman web kini. Opencart tak terkecuali. Sistem baru ini memberikan satu paparan menarik baik pada bahagian muka depan mahupun bahagian pengurusan.
2. Paparan admin baru dan menarik
Paparan bahagian admin telah diupgrade dengan begitu kemas. Susun atur setiap fungsi juga lebih memudahkan pengguna.
3. Mudah Memasukkan Extension baru
Kali ini, pengguna boleh install extension atau fungsi baru dalam opencart dengan hanya upload di bahagian pengurusan web. Tak perlu lagi upload di FTP dalam folder-folder di server. Ini lebih memudahkan pengguna baru memasukkan sendiri fungsi yang diinginkan.
4. Sistem notifikasi di dashboard
Sistem ini memudahkan pengurus web. Apabila log masuk ke bahagian pengurusan, anda terus dapat melihat notifikasi penting seperti jualan yang belum diuruskan, pelanggan yang baru mendaftar, jualan yang berjaya dilakukan dan banyak lagi.
Maka anda harus mencuba opencart jika kerana ia lebih mudah dari yang disangka. Mudah dalam pengurusan dan mudah dalam sistem jualan.
Sekian!